PERMOHONAN RAKYAT

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT YANG TELAH DI UMUMKAN

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong  perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang. Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini.
ANTARA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

MEMBERIKAN ELAUN KHAS
  1. Doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak covid-19 kerajaan akan meningkatkan elaun khas yang diterima daripada RM400 KEPADA RM600sebulan mulai 1 APRIL 2020 sehingga wabak ini berakhir
  2. Kerajaan juga bersetuju memanjangkan ELAUN KHAS SEBANYAK RM200 SEBULAN kepada  ANGGOTA TENTERA, POLIS, KASTAM, IMIGRESEN, ANGGOTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM SERTA ANGGOTA RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Elaun ini juga akan DIBAYAR MULAI 1 APRIL 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL IAITU PEMBERIAN TUNAI SECARA ONE-OFF
Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:
  • Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  •  Kedua: RM1,000kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  • Ketiga: RM800kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  • Keempat: RM500kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Klik pautan berwarna biru untuk membuat permohonan

PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
  1. Anda juga akan menerima bantuan secara one-off SEBANYAK RM200 SEORANG YANG AKAN DIBAYAR PADA BULAN MEI 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta  kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk MATRIKULASI, KOLEJ KOMUNITI, POLITEKNIK, IPTA DAN IPTS.

GOLONGAN MUDAH TERJEJAS
  1. WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK DI RUMAH PERLINDUNGAN, ORANG KELAINAN UPAYA ATAU OKU, GOLONGAN GELANDANGAN DAN ORANG ASAL. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan social yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

MENANGGUHKAN BAYARAN BALIK PTPTN
  1. Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh yang sama kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020

PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN BANK
  1. Semua rakyat Malaysia yang mempunyai pinjaman di bank akan diberikan kelonggaran atau dibenarkan untuk menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada untuk selama 6 bulan. Harus diingat kepada semua rakyat Malaysia, Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.
  2. Walaubagaimanapun, Harus diingatkan bahawa hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan bayaran balik. Tetapi, Bagi pemilik kad kredit yang tidak mempunyai apa-apa tunggakkan, Pihak bank akan memberi penawaran kepada pemilik kad kredit iaitu pelan pembayaran secara berperingkat selama tiga tahun. Bagi hutang kad kredit yang mempunyai tunggakan, hutang tersebut akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual.
  3. Usaha ini bertujuan  untuk memastikan semua peminjam yang terkesan susulan penularan COVID-19 akan dapat dibantu. Kenyataan berkenaan penangguhan ini, harus di ingatkan bahawa akan berkuat kuasa bermula 1 April 2020 ini. Ia akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.

KWSP
  1. Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari AKAUN B SKIM PERSARAAN SWASTA SEHINGGA JUMLAH RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan APRIL HINGGA DISEMBER 2020.

PPRT
  1. Kerajaan bersetuju untuk MEMANJANGKAN PENGECUALIAN PEMBAYARAN SEWA BAGI PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta ditanggung oleh kerajaan.  Pengecualian pembayaran sewa ini melibatkan 3,636 unit rumah PPR disewa atau transit di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  2.  Bagi unit sewa untuk milik pula, penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020. Penangguhan pembayaran ini melibatkan kos RM5.7 juta bagi 4,649 unit rumah.

BANTUAN RM600 SEBULAN (PEKERJA CUTI TANPA GAJI)
  1. PEKERJA YANG DIBERI NOTIS CUTI SEMENTARA TANPA GAJI MULAI 1 MAC 2020, perkerja sektor swasta serta pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO dan bergaji RM4000 ke bawah, layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan terhad pada 6 bulan maksimum
  2. Permohonan hendahlah dibuat oleh majikan bagi pihak pekerja secara online atau melalui mana-mana cawangan PERKESO
  3. Majikan juga bertanggungjawab menyalurkan bayaran bulanan RM600 tersebut kepada pekerja yang berkenaan

DISKAUN BIL ELEKTRIK DIBERIKAN
  1. Pemberian diskaun sebanyak 15% selama enam bulan daripada bil elektrik secara bulanan bagi agensi pelancongan, syarikat penerbangan, kompleks membeli belah, pusat konvensyen dan pameran (Peruntukkan mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020)
  2. Diskaun caj elektrik sebanyak 2% turut diberikan kepada pengguna dalam sektor komersial, perindustrian dan pertanian serta pengguna domestik bagi tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020

PENANGGUHAN PINJAMAN MARA (PELAJARAN & PERNIAGAAN)/DISKAUN SEWAAN PREMIS MARA
  1. MARA memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama tiga (3) bulan kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik selama tiga bulan
  2. Bagi pembiayaan perniagaan MARA, penagguhan bayaran balik diberikan selama enam (6) bulandengan syarat tiada tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan
  3. Diskaun khas juga diberikan kepada penyewaan semua premis perniagaan MARA sebanyak 30% dengan syarat tiada tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan dan perniagaan terlibat dengan penutupan Perintah Kawalan Pergerakan
  4. Peminjam dan usahawan MARA yang menepati syarat ditetapkan dan layak perlu mengemukakan permohonan bagi penjadualan semula bayaran di pejabat MARA berhampiran bermula 1 April 2020

BAYARAN ONE-OFF RM600 
(Pemandu Teksi, Bas Persiaran, Pemandu Pelancong & Penarik Beca)
  1. Kerajaan menyediakan insentif tunai secara sekali bayaran berjumlah RM600 pada bulan April 2020 kepada setiap pemandu teksi, bas pelancongan, pemandu pelancong serta penarik beca yang aktif dan berdaftar pada 31 Disember 2019
  2. Insentif ini akan memanfaatkan hampir 29,000 pemandu teksi, 6,000 pemandu bas pelancongan dan 17,000 pemandu pelancong dan penarik beca.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button