PERMOHONAN RAKYAT

PANDUAN PERMOHONAN UPU ONLINE SESI 2020 /2021

BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE SESI 2020/2021

Perhatian kepada semua pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang berminat untuk memasuki Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti sesi kemasukan 2020/ 2021. Berikut merupakan panduan untuk permohonan UPU 2020 online dan tarikh penting permohonan dan pembelian Pin upu serta maklumat semakan syarat kelayakan dan kategori. Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk membuat permohonan UPUonline tahun 2020 akan dibuka pada tarikh 24 Februari 2020. 

Untuk mengisi permohonan UPU di online, pemohon haruslah membeli Pin UPU pada 24 Februari 2020 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sebelum tarikh tutup pembelian pada 30 Mac 2020 (SPM) dan 6 April 2020 (STPM/Setaraf). Permohonan memasuki UA/ IPTA adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ MyKad sahaja. Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.
PANDUAN PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2020/ 2021

Bermulanya sesi pengambilan 2020/ 2021, pelajar atau pemohon akan hanya mendapat satu sahaja tawaran dari satu permohonan yang merangkumi Program Pengajian di IPTA, ILKA, Matrikulasi dan IPGM.
Berikut perkongsian berkenaan panduan dan maklumat penting berkenaan Borang Permohonan kemasukan UA dan IPTA melalui UPU Online 2020 yang merangkumi seperti berikut :-
  1. PAUTAN BORANG
  2. TARIKH PEMBELIAN PIN UPU
  3. TARIKH PERMOHONAN
  4. CARA SEMAK SYARAT KELAYAKAN UPU
  5. MAKLUMAT LANJUT UPU

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2020 SECARA ONLINE

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan UPU 2020/ 2021 meliputi tarikh buka dan tutup permohonan serta tarikh pembelian Pin unik ID UPU.
  • Tarikh Buka Pendaftaran Permohonan UPU Online sesi 2020/2021 : 21 Oktober 2019
  • Tarikh Akhir Pendaftaran Permohonan UPU Online 2020/2021 : 31 Disember 2019, jam 6.00 petang
  • Tarikh Permohonan UPU Online 2020/2021 : 24 Februari 2020 bermula 12 tengah hari
  • Tarikh Pembelian PIN UPU : 24 Februari 2020 sehingga 30 Mac 2020 (SPM/ setaraf) dan 6 April 2020 (STPM/Setaraf)
  • Tarikh Akhir Permohonan UPU : 31 Mac 2020 (SPM/ setaraf) dan 7 April 2020 (STPM/Setaraf) sebelum 11:59 malam

Harga nombor PIN ID UPU adalah RM15.60 dan tidak dikenakan SST. Bagi pendaftaran permohonan UPU 2020/2021, anda tidak perlu membeli pin UPU dan hanya perlu mendaftar, log masuk, dan mengisi maklumat peribadi. Selain itu anda juga boleh menyemak program yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, pendaftaran permohonan ini hanya terbuka kepada:
  • Calon SPM tahun 2019, 2018 dan 2017
  • STPM tahun 2019 sahaja
  • Calon tahun akhir Matrikulasi/ Asasi/ Pasum
  • Calon STAM tahun 2019 dan 2018
Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berwarna Biru di Bawah 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN UPU 
  1. Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Pemohon adalah disarankan untuk membuat semakan syarat kelayakan UPU yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU.
  2.  Jabatan Pendidikan Tinggi sebelum membuat permohonan. Ianya penting dalam untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan UA, Politeknik, Kolej Komuniti serta ILKA yang ingin dipohon. 
  3. Maklumat yang hanya boleh disemak adalah syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang telah ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi berkenaan. Pastikan pemohon klik “SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN UPU” untuk menyemak kelayakan masing-masing.


KEMASKINI BORANG PERMOHONAN UPU 2020 ONLINE

Proses kemaskini maklumat berkenaan permohonan boleh dibuat oleh pemohon apabila berjaya mengemukakan permohonan.
Cara – cara kemaskini adalah seperti berikut:
  1. Layari laman web https://online.mohe.gov.my/
  2. Seterusnya masukkan kad pengenalan pemohon dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Kemaskini permohonan seperti biasa.
  4. Proses kemaskini maklumat boleh dibuat oleh pemohon tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang kemaskini maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon sendiri.
Lupa Kata Laluan:
  1. Sekiranya pemohon terlupa kata laluan yang diisi semasa mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan menekan klik pada pautan Lupa Kata Laluan
  2. Pemohon perlu menjawab beberapa soalan keselamatan sebelum kata laluan dipaparkan kepada pemohon. Kata laluan akan diterima melalui emel yang telah didaftarkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button