BERITA

Panduan Protokol kesihan Yang Perlu Dilakukan Jika Mempunyai Gejala Atau Positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan beberapa protokol kesihatan untuk memudahkan masyarakat membuat keputusan sekiranya seseorang individu tersebut terdedah atau mgalami gejala-gejala positif Covid-19

 

Apa yang perlu dilakukan jika anda terdedah kepada pesakit COVID-19 atau telah disahkan positif COVID-19?

 

(Saya rasa tidak sihat)

 

Apa yang perlu dilakukan jika anda rasa tidak sihat?

·        Jika anda rasa tidak sihat, kekal bertenang.

·        Jika bergejala, segera asingkan diri dan lakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri.

·        Jika positif, tidak perlu lakukan ujian RT-PCR. Kuarantin diri dan rujuk protokol pengurusan kes positif COVID-19.

 

Anda juga digalakkan melakukan ujian pengesanan COVID-19 kendiri dalam situasi berikut:

 

(Saya positif COVID-19)

 

·        Kategori 1 dan 2A (tidak bergejala atau bergejala ringan) tidak perlu ke COVID-19 Assessment Centre (CAC). Hanya perlu kuarantin di rumah

·        Laporkan status kesihatan dua kali sehari melalui Health Assesstment Tool (HAT) di MySejahtera

·        Kategori 2B dan ke atas, golongan berisiko tinggi seperti warga emas 60 tahun ke atas, individu mempunyai komorbid, wanita mengandung dan individu yang tidak lengkap atau tidak divaksinasi dikehendaki hadir ke CAC

·        Jika gejala merosot, segara ke CAC atau fasiliti kesihatan terdekat

·        Tempoh kuarantin yang ditetapkan adalah sama bagi kes positif bergejala atau tidak bergejala

 

Bagaimana mengasingkan diri dengan selamat?

 

Sebagai kes positif

 

Sebagai ahli keluarga dari isi rumah yang sama

 

Cara melaporkan keputusan ujian pengesanan COVID-19 kendiri di MySejahtera

 

Cara melaporkan kontak rapat

 


(Saya kontak rapat)

 

·        Anda adalah kontak rapat jika anda telah berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19, sama ada bersemuka lebih daripada 15 minit pada jarak kurang dari 1 meter tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan.

·        Bagi yang bergejala atau belum menerima dos penggalak, sila kuarantin mengikut tempoh yang ditetapkan.

·        Untuk tujuan pelepasan, ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri tidak perlu dilakukan jika tidak bergejala.

 

·        Tempoh kuarantin tidak berubah walaupun bergejala semasa dalam tempoh kuarantin dengan syarat keputusan ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) adalah negatif.

·        Pantau gejala dan tahap kesihatan sepanjang kuarantin dan laporkan melalui Health Assesstment Tool (HAT) di MySejahtera. Jika bergejala, lakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri. Jika keputusan ujian positif, ikuti protokol pengurusan kes positif.

·        Kontak rapat yang lengkap vaksinasi dan baru dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 60 hari yang lepas tidak perlu menjalani kuarantin.

 


(Saya pengembara)

 

·        Pengembara bukan warganegara yang ingin masuk ke Malaysia mestilah lengkap divaksinasi

·        Setiap pengembara yang masuk ke Malaysia perlu mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan

·        Lakukan ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan juga apabila tiba di Pintu Masuk Antarabangsa

·        Kanak-kanak yang belum layak untuk divaksin dibenarkan untuk mengikut tempoh kuarantin ibu bapa atau penjaga yang mengembara bersama.

 

Protokol bagi pengembara yang pernah dijangkit COVID-19

 

Pegembara yang pernah dijangkit COVID-19 dikecualikan daripada kuarantin wajib setibanya di Malaysia sekiranya memenuhi syarat-syarat di bawah:

 

·        Pengembara hendaklah telah menerima vaksin lengkap dengan bukti penerimaan vaksin

·        Bukti telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia, melalui keputusan ujian yang dicetak atau secara digital

·        Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 perlu mengemukakan surat ‘Fit to Travel’ daripada hospital terbabit

·        Bagi yang tidak dimasukkan hospital, perlu menjalani ujian saringan RTK(Ag) profesional 2 hari sebelum berlepas. Hanya dibenarkan berlepas jika keputusan ujian negatif

 

Pengembara yang tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi perlu menjalani kuarantin wajib selama 7 hari.

 

Protokol bagi pengembara yang masuk ke Malaysia melalui Vaccinated Travel Lane (VTL), Langkawi International Travel Bubble (LITB) dan MIDA-One Stop Centre (MIDA OSC)

 

·        Lakukan ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan juga apabila tiba di Pintu Masuk Antarabangsa

·        Tiada kuarantin

 

Untuk maklumat lanjut tekan butang berikut:

 

VTL

LITB

MIDA-OSC

 

(Saya kontak kasual)

 

·        Kontak kasual adalah individu yang berada dekat dan berkemungkinan terdedah kepada kes positif tanpa diketahui.

·        Kontak kasual berisiko rendah untuk dijangkiti berbanding kontak rapat.

Adakah status risiko di MySejahtera akan bertukar?

 

·        Jika MyJ Trace atau Check-in mengesan anda berkemungkinan terdedah kepada kes positif, status risiko di MySejahtera tidak akan bertukar kepada ‘High Risk’. Status kekal kepada ‘Low Risk’.

·        Anda akan menerima satu notifikasi yang memaklumkan bahawa anda telah dikesan sebagai kontak kasual.

 

·        Anda digalakkan untuk terus memantau gejala dan tahap kesihatan.

·        Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri.

·        Jika keputusan ujian positif, ikuti protokol pengurusan kes positif.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button