PERMOHONAN RAKYAT

Panduan Semakan Status Bayaran BKM Fasa 1(Bantuan Keluarga Malaysia 2022)

 

Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

 

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

 

“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk makluman bersama.

 

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal dan bantuan tunai ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

 

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

 

Bajet2022, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan.

 

BKM ini akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

 

KATEGORI 1: BUJANG

 

Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah seramai 3.8 juta akan menerima sebanyak RM350 seorang.

 

KATEGORI 2: KELUARGA

 

Manakala bagi isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM2,000.

 

KATEGORI 3: WARGA EMAS

 

Kategori baharu iaitu warga emas bujang yang berpendapatan kurang RM5,000 akan menerima RM600.

 

Tarikh Permohonan / Kemaskini Maklumat

Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon.

 

Siapa Perlu Buat Permohonan Baharu & Kemaskini Maklumat?

i) Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

·        Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta

·        Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau

·        Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

 

ii) Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

 

·        Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

 

Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yg mempunyai perubahan maklumat,

·        Status Perkahwinan

·        Bilangan Anak

·        Jumlah Pendapatan

 

Anda boleh mengemaskini BKM 2022 di link :

https://bkm.hasil.gov.my/

 

Pendapatan 0 – Perlu Kemaskini Atau Tidak?

 

Saya telah membuat permohonan BPR 2021 sebelum ini dan telah membuat pilihan pendapatan isi rumah (RM1 – RM2,500). Semakan mendapati ruangan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) BKM 2022 adalah RM0. Adakah saya

perlu kemaskini semula pendapatan berkenaan?

 

Bagi penerima BPR 2021 / BKC sebelum ini, ruangan pendapatan permohonan BKM 2022 akan dipaparkan dengan amaun RM0. Oleh itu, pemohon BKM 2022 PERLU mengemaskini ruangan berkenaan berdasarkan pendapatan terkini Pemohon dan Pasangan bagi semakan kelulusan BKM 2022.

 

Permohonan dan kemaskini maklumat boleh dibuat melalui laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan berikut:

 

https://bkm.hasil.gov.my/

 

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 – 4

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan 4 kali setahun.

 

Tarikh pembayaran pertama, iaitu BKM Fasa 1 dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

 

Cara Semak Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

 

1.      Layari https://bkm.hasil.gov.my/

2.      Klik Log Masuk

3.      Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Status.

4.      Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *

5.      Klik Teruskan

6.      Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha

7.      Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan

8.      Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan

9.      Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

 

Rujuk langkah bergambar di bawah:

 

Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut :

 

·        Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.

·        Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.

·        Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.

Bagi mereka yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login utk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.

 

Semakan Status BKM Fasa 1 – Permohonan Diterima / Tidak

 

Setelah selesai membuat kemaskini maklumat, sila semak semula status permohonan anda.

 

Caranya, sila login seperti biasa dan lihat pada status permohonan.

 

Pastikan ada dinyatakan Permohonan Diterima seperti dalam gambar di bawah.

 

NOTA: Pastikan anda merujuk kepada LHDN sekiranya mendapat status lain seperti di bawah.

 

Tarikh Fasa Bayaran BKM 2022

TERKINI: Jadual Pembayaran BKM 2022

 

Fasa 1 : Mac 2022

·        Isi rumah

·        Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

·        Bujang

 

Fasa 2: Jun 2022

·        Isi rumah

·        Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

 

Fasa 3 : September 2022

·        Isi rumah

·        Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

·        Bujang

 

Fasa 4 : Disember 2022

·        Isi rumah

·        Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

 

Kadar Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa

 

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak adalah berbeza berdasarkan kategori seperti berikut:

 

KADAR TAMBAHAN BKM

 

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

 

·        Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

·        Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

 

Buat masa ini jumlah bayaran bagi setiap fasa belum diumumkan. Maklumat ini akan dikemaskini setelah mendapat info sahih dari pihak LHDN.

 

FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Dikongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua yang dikemaskini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi laman web BKM.

 

Maklumat Lanjut

·        Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747

·        Hotline BKK MoF : 03 8882 4565

·        Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

·        e-Mel : bkm@treasury.gov.my

 

Borang

 

·        Borang Permohonan BKM 2022

·        Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM

·        Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok BKM

·        Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM

·        Borang Pembatalan Permohonan BKM

 

FAQ

 

·        Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

·        MyBKM

·        Permohonan Baharu dan Kemaskini BKM

·        Wakil BKM

Related Articles

One Comment

  1. Satu pun tak bersangkutan tajuk?seronok Kut menipu orang dalam kesusahan ni?semoga Allah balikkan permainan jiwa oleh para2 munafik ni.tunjulan pada mereka apa yg kami alami.malah timbunkan pada mereka juga dengan parah!Aamiin…Aamiin ya Rabb
    Palingkan mereka limpah dan rahmat Mu..semoga ada40 atau lebih mainkan bersama2..moga BN dimakbulkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button