BERITA

Pearly-Thinaah Singkir Juara Terbuka Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah membalas sokongan padu penonton di Axiata Arena Bukit Jalil apabila menyingkirkan pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-18, 21-17 di suku akhir Masters Malaysia, sebentar tadi.

 

Kejayaan itu membolehkan Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir esok dan gandingan itu dijadual bertemu pilihan pertama kejohanan dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang sebelum itu menewaskan rakan senegara, Du Yue-Li Wen Mei 21-15, 21-13.

 

Kemenangan dalam tempoh 42 minit itu juga adalah pertama Pearly-Thinaah ke atas juara Terbuka Malaysia minggu lalu itu, dengan rekod pertemuan antara mereka kini terikat dengan 1-1 selepas wakil negara itu tewas di separuh akhir Terbuka Indonesia bulan lalu.

 

Beregu wanita Negara, Pearly Tan-M Thinaah menewaskan beregu dari Indonesia pada suku akhir Masters Malaysia di Arena Axiata. – NSTP/Fathil Asri

 

Sementara itu, beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri terpaksa akur dengan kekuatan gandingan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2019 dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

 

Wan Arif-Mohd Haikal tewas 10-21, 16-21 dalam pertemuan sulung dengan gandingan Indonesia yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan.

 

Begitupun pencapaian gandingan ‘Patatimo Boys’ di Masters Malaysia disifatkan lebih baik berbanding Terbuka Malaysia minggu lalu yang menyaksikan mereka tewas di pusingan pertama di tangan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 19-21, 13-21.

 

Pencapaian terbaik Wan Arif-Mohd Haikal pada musim ini adalah di Masters Orleans yang berlangsung di Perancis, Mac lalu, apabila mara sehingga ke pentas final namun terpaksa menarik diri selepas Haikal diuji positif COVID-19.

 

Wan Arif-Mohd Haikal tewas 10-21, 16-21 dalam pertemuan sulung dengan gandingan Indonesia yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan. – NSTP/Fathil Asri

 

Sumber: bharian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button