BERITA

Pelanggan Dakwa Kedai Letak Syarat Kena Beli Barang RM20 Baru Boleh Beli Minyak Masak

 

Entah sejak bila, tapi akhir-akhir ini banyak aduan tentang pasar raya dan kedai runcit yang didakwa semakin berani ‘sembelih’ pelanggan dengan meletakkan syarat untuk pembelian minyak masak di kedai-kedai.

 

Seperti video yang sedang tular, sebuah pasar raya didakwa mengenakan syarat kepada para pelanggan di mana minyak masak hanya boleh dibeli sekiranya pelanggan membuat pembelian lain berjumlah RM20 ke atas.

 

Menerusi video yang dikongsikan @isusemasaviral, seorang pemuda yang juga pelanggan pasar raya berkenaan tidak berpuas hati mengapa syarat sedemikian diletakkan sedangkan dia hanya mahu membeli dua paket minyak masak.

 

Bagaimanapun peniaga tersebut dilihat terus mengelak dari menjawab persoalan yang diajukan dan tidak melayan pemuda berkenaan

 

“Dari mana datang undang-undang ni? Saya mau minyak, saya tak kira. Mana ada undang-undang macam ini.

 

“Ni nampak ni, RM20 baru boleh beli minyak masak. Mana boleh macam tu. Sekarang saya mahu minyak, saya tak kira, saya orang Malaysia. Apa pasal saya tak boleh dapat ini minyak,” soalnya.

 

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan bahawa terdapat pasar raya yang didapati mula menjual bahan masakan tersebut pada harga lebih 40 peratus berbanding harga sebelum ini.

 

Bahkan ketika ini juga kecoh apabila minyak masak sawit bersubsidi dari Malaysia, dikesan dijual secara berleluasa tanpa kawalan di sekitar pekan Sungai Golok, Thailand.

 

Sumber: malaysiadateline

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button