PERMOHONAN RAKYAT

Pembayaran GKP 4.0 Adalah Menerusi Akaun Bank Yang Aktif & Telah Didaftarkan – PEMULIH

Seperti dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak sebanyak RM500, yang akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November ini.

 Ikuti perkembangan bantuan-bantuan terkini 👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

Untuk pengetahuan anda, GKP 4.0 adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan untuk membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Baca juga:

Permohonan Bantuan Sehingga RM1,000 – B40

Semakan i-Citra KWSP

 

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GKP 4.0

PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:

  • Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
  • Permohonan baharu GKP 4.0

 

NILAI BANTUAN GKP

Nilai bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:

Layak GKP 4.0

Nilai Bantuan

Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0

yang berstatus Lulus

RM1,000 (2 Fasa)

Lulus permohonan baharu GKP 4.0

RM1,000 (2 Fasa)

 

 

SYARAT PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU GKP 4.0

  • Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  • Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN GKP 4.0

 

Permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual melalui cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.

 
KAEDAH PEMBAYARAN GKP 4.0 DIBUAT

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon seperti yang telah didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan atau semasa yang aktif sahaja.

 
PERMOHONAN BAHARU GKP 4.0 BAGI YANG TIDAK LULUS PERMOHONAN SEBELUM INI

Bagi anda yang tidak lulus GKP 1.0, 2.0 & 3.0, anda juga boleh membuat permohonan baharu untuk GKP 4.0.

 

TARIKH BAYARAN

Berikut adalah tarikh pembayaran dibuat:

Penerima GKP

Tarikh pembayaran

Fasa 1

(September 2021)

Fasa 2

(November 2021)

Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0

dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus

RM500

RM500

Lulus permohonan baharu GKP 4.0

RM500

RM500

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui lebih banyak mengenai bantuan GKP 4.0, anda boleh rujuk di pautan https://gkp.hasil.gov.my

Ikuti perkembangan bantuan-bantuan terkini ðŸ‘‰http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button