PERMOHONAN RAKYAT

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 10K. Ini Maklumat Anda Perlu Tahu

 

Ramai yang tidak sabar menunggu tarikh pembayaran Pengeluaran Khas KWSP yang akan bermula pada 20 April 2022 (Rabu).

 

Walaupun status permohonan KWSP di portal masih lagi dalam keadaan “PERMOHOAN ANDA TELAH DITERIMA”, tetapi ramai yang berpandangan status tersebut bermaksud LULUS.

 

Namun menurut KWSP ia bermaksud Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, disemak dan akan diproses secara berperingkat.

 

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri mengenai pengeluaran khas KWSP RM10,000, berikut kami kongsikan berkaitan semakan status permohonan sama ada permohonan yang dibuat telah diterima atau ditolak.

 

Semakan Status Permohonan

 

Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

 

Perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

 

Berikut adalah perincian untuk pengeluaran khas KWSP maksimum sehingga RM10,000:

 

·        Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun

·        Tarikh permohonan bermula 1 April – 30 April 2022

·        Pembayaran akan bermula pada 20 April 2022

·        Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga maksimum RM10,000

·        Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukup, simpan daripada akaun 1 akan diakses

 

Kaedah Pembayaran & Amaun Pengeluaran

 

Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).

Amaun pengeluaran:

 

1.      Minimum: RM50

2.      Maksimum: RM10,000

3.      Amaun pengeluaran minimum RM50 dan Maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan.

4.      Meninggalkan baki sekurang-kurangnya dalam RM100 dalam akaun 1

5.      Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) bermula 20 April 2022.

6.      Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan

7.      Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

 

Maksud Status Anda

 

Jika anda menerima status PERMOHONAN DITERIMA, ini maksudnya menurut KWSP:

 

Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

 

·        Bayaran akan dibuat pada 20 April 2022

 

Jika anda menerima status TIADA REKOD seperti di bawah, ini maksudnya menurut KWSP:

 

Semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.

 

·        Sekiranya masih mengalami masalah, hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4242 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.

Related Articles

One Comment

  1. colombusbinlamuji nombor ic 800618125135 alamat rumah BLK C 5 14 JALAN PELANGI 1 TAMAN PELANGI 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG nombor akaun Affin Bank 200590515821 mahu dikasi keluar duit dari KWSP saya sebanyak 500.00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button