BERITA

Pemimpin UMNO Dilaporkan Positif Covid-19 Selepas Berkempen

 

SEORANG PEMIMPIN UMNO DILAPORKAN POSITIF COVID-19 SELEPAS BERKEMPEN DI KAWASAN PARLIMEN SIPITANG

 

 

 

 

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang.Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.

 

Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan beliau telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.“Setakat ini, keadaan masin terkawal dan beliau telah dimasukkan ke hospital sebentar tadi bagi dikurantinkan bagi mendapatkan rawatan,” kata sumber itu ringkas.

 

Sumber turut menjelaskan semua kontak rapat pemimpin UMNO itu juga telah diminta untuk melakukan ujian swab bagi mengelakkan sebarang penularan.

 

 

 

 

 

 

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun berkata tiada laporan rasmi yang diterima setakat ini.Namun tegas beliau, jika ia benar dan didapati positif, individu itu perlu dikuarantin di Sabah sehingga dia benar-benar pulih sepenuhnya.“Saya pun belum dapat memastikan laporan mengenai hal itu.

 

Jika ada, perlu dirawat sehingga pulih sebelum pulang ke Semenanjung.“Sebab itu saya sentiasa pesan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.Ismail Sabri turut menegaskan Jawatan Kuasa Kabinet akan membuat perbincangkan berkenaan isu keselamatan dan kesihatan di Sabah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Selasa depan.

 

Sumber : Astro Awani

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button