BERITA

Pencarum Berharap Pengeluaran Secara ‘One-off’ Selepas Terima Dividen KWSP

Tangkap layar luahan segelintir pencarum di laman sosial selepas menerima dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini.

 

PETALING JAYA – Kebanyakan pencarum kini masih mengharapkan pengeluaran RM10,000 secara ‘one-off’ selepas menerima dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak pagi tadi.

 

Difahamkan, amaun dividen Itu telah mula dikreditkan ke dalam akaun pencarum mulai hari ini.

 

Menerusi tinjauan Kosmo! di laman sosial, kelihatan rata-rata kebanyakan pencarum meluahkan perasaan gembira serta bersyukur oleh peningkatan dividen yang diterima.

 

Bagaimanapun, ramai di antara mereka juga yang masih mengharapkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 secara ‘one-off’.

 

Perkara itu dibangkitkan apabila ramai dipercayai masih terjejas akibat pandemik Covid-19 serta bencana yang menimpa sebahagian rakyat baru-baru ini.

 

“Alhamdulillah, dividen dah masuk, bagaimana pula dengan RM10,000 ‘one-off’? Luluskanlah permintaan rakyat yang terdesak ini,” luah Selmah Saidin.

 

“Dividen aku RM10,000, kalau tuntutan i-Ceria dibenarkan masih tidak mengganggu simpanan sedia ada,” kata Alang Terawis.

 

Selain itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Apex Myra turut merayu agar kerajaan mempertimbangkan pengeluran terbabit.

 

“Dividen dapat tinggi Alhamdulillah. Tunaikanlah permintaan terakhir rakyat. Kami amat memerlukannya, dengarlah dan luluskan permintaan rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE!

Related Articles

One Comment

  1. Sy ibu tunggal, hilang oekerjaan dusebsbkn pendemik, simpansn habis,brg kemas habis trgadai, rmh nk kne byr,kereta nk kne byr, MORA dah xade, kami mahu keluarkan KWSP kami sbb hidup trdesak sangat, ingat sy suke2 ke nk keluarkan KWSP? Bantuan ape yg kerajaan blh bantu sekarang? BKM pn xdpt2..semua bantuan diberi tp setakat 100,200 ape yg sy blh bt? Teruk sngt la pemerintah kali ini rakyat dah merayu2 pun bt bute tuli, sy ni dah xtahu nk nk luahkn ape lg. Tahap ssh yg rase mcm nak bunuh diri pun ade memikirkn daif nye kehidupan, ape yg hitam sangat hati PM malasia ni yg susah sangat nk membantu rakyat???..

  2. Kerajaan lulus kwsp one off semua rakyat susah saya hilang kerja sbb pendemik ini sekarang susah nak cari umar dah 40 susah org nak bagi kerja adui tlg kerajaan kwsp ini saya memerlukan duit utk bayar loan kereta ,ada 2 anak masih kerja suami bekerja sendiri tak mampu utk belanja lain tlg luluskan saya merayu kpd kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button