BERITA

Pendapatan Dalam Sistem MyBKM Jadi “0”, Perlu Kemaskini Ke? Ini Penjelasan LHDN Kepada Beberapa Soalan

 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah.  Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan2 dalam Bajet 202 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga dan bujang. 

 

Untuk makluman anda, data penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara AUTOMATIK ke dalam sistem BKM.  Jadi individu dalam kategori ini tidak perlu membuat permohonan baru, tetapi hanya perlu kemaskini jika ada perubahan maklumat. 

 

Ramai juga individu yang menyemak semula maklumat di MYBKM dan mendapati pendapatan jadi angka “0”.  Apa perlu buat, perlu ke kemaskini dan masukkan pendapatan asal?  Rujuk penjelasan LHDN di bawah:

 

 

PERLU KE KEMASKINI JIKA PENDAPATAN “O”? 

Memandangkan ramai yang mengalami masalah yang sama, iaitu pendapatan dalam sistem permohonan BKM jadi “0” seorang pemuda melalui laman Facebook berkongsi jawapan daripada dan pengesahan pihak LHDN.  Antara beberapa persoalan yang ditanya ialah:

 

Jika ada perubahan dengan status hubungan dan penambahbaikan

  • Kemaskini dan muat naik dokumen atau hantar dokumen ke LHDN

Jika belum daftar

  • Buat permohonan baru di kaunter LHDN atau dalam talian melalui sistem MyBKM

Permohonan diterima berdasarkan maklumat BPR 2021  , pendapatan jadi “0”

  • Kemaskini permohonan jika pendapatan jadi angka “0”
  • Semak dan tukar mengikut pendapatan kasar

Jika pemohon menggunakan akaun bank pasangan sebelum ini

  • Ubah akaun ke akaun bank pemohon
  • Data LHDN hanya akan menggunakan akaun bank pemohon sahaja untuk  tahun 2022

 

 

 

 

 

BUAT PENGESAHAN & HANTAR SELEPAS KEMASKINI
Setelah anda kemaskini dan buat perubahan dalam maklumat sistem MYBKM, pastikan anda buat pengesahan dan hantar permohonan anda.

 

 

 

Semoga perkongsian ini dapat menjawab persoalan orang ramai.  Jangan lupa kemaskini maklumat- maklumat penting ya!  Walaupun anda menerima bantuan sedia ada dan maklumat sudah sedia ada, pastikan anda semak semula semua maklumat pastikan semuanya betul.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button