PERMOHONAN RAKYAT

Penebusan Kredit eWallet Sebanyak RM150 Buat Golongan Belia

 

PERDANA Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonom (PEMERKASA) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen dan platform media sosial.

 

Dalam focus keempat program iaitu Memastikan Agenda Keterangkuman, salah satu inisiatif kerajaan dalam program ini adalah prihatin belia dimana ia memfokuskan kepada golongan anak muda di Malaysia. Dalam inisiatif ini, program eBelia diperkenalkan.

 

Program eBelia

Kerajaan telah memperkenalkan program eBelia bagi menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai kepada golongan belia, khususnya mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa. Sukacita diumumkan bahawa program tersebut akan ditambah baik dengan meningkatkan nilai kredit daripada 100 kepada 150 ringgit yang akan memanfaatkan 2 juta belia dengan jumlah peruntukan sebanyak 300 juta ringgit. Program ini akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2021.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 akhir tahun lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan Program eBelia yang mana dalam program ini kerajaan akan memberikan kredit eWallet bernilai RM50, namun kerajaan bersetujuh untuk menambah lagi jumlah kredit kepada RM100 sehinggalah menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi PEMERKASA baru-baru ini pihak kerajaan menambah lagi kredit eWallet kepada RM150 buat golongan ini.

 

Cara Membuat Penebusan Kredit

 

Pihak kerajaan masih lagi belum mengumumkan cara penebusan kredit menerusi program ini.

 

Bagaimanapun, penebusan kredit dapat tebus melalui aplikasi e-Wallet berikut ;

  • Grab Pay
  • Boost
  • Touch N Go eWallet

Dalam pembentangan PEMERKASA tersebut, telah dimaklumkan juga oleh Perdana Menteri yang pelaksanaan Program eBelia tersebut akan dimulakan pada Jun 2021.

 

Untuk info lanjut mengenai bantuan-bantuan dibawah PEMERKASA,  anda boleh layari laman rasmi mof.gov.my

 

Related Articles

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button