PERMOHONAN RAKYAT

Pengeluaran Khas KWSP: Ahli Perlu Pastikan Akaun Penuhi 3 Syarat Ini, Mudahkan Proses Pembayaran

 

Berikutan permohonan Pengeluaran Khas yang telah dibuka hingga 30 April 2022 ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan beberapa maklumat ringkas untuk rujukan ahli.

 

Menerusi laman web KWSP mengingatkan orang ramai bahawa permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal Pengeluaran Khas.

 

Menurut KWSP, bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun ahli. Justeru, bagi memastikan proses pengkreditan berjalan lancar, ahli-ahli perlu memastikan akaun yang dimiliki memenuhi tiga syarat berikut.

 

Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar?

Pertama, ahli perlu memiliki akaun bank (simpanan atau semasa). Kedua, ahli perlu memastikan akaun bank berkenaan masih aktif.

 

Manakala syarat yang ketiga dan terakhir, akaun bank tersebut didaftarkan di atas nama ahli sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat.

 

KWSP beri ‘peringkatan’ kepada ahli yang tiada akaun bank atau berstatus muflis

Bagaimanapun, KWSP telah menyenaraikan beberapa peringkatan kepada ahli yang memohon Pengeluaran Khas tetapi tidak mempunyai akaun bank atau berstatus muflis.

 

Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.

 

Selain itu, Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.

 

Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.

 

Bukan itu sahaja, ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank sahaja.

 

Terdahulu, dalam satu sidang media lalu, Perdana Menteri berkata Pengeluaran Khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

 

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion.

 

Ia melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lepas.

 

Tiga program pengeluaran khas KWSP itu merupakan pengeluaran pra-persaraan yang diperkenalkan sebagai langkah sementara.

 

Langkah tersebut membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sumber: KWSP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button