PERMOHONAN RAKYAT

Pengeluaran Khas KWSP: Berapa Amaun Pengeluaran Dibenarkan Berdasarkan Baki Akaun 1 & 2? Ini Contoh Situasi

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan

 

Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.

 

Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka. Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka.

 

Berapa amaun pengeluaran dibenarkan berdasarkan baki yang ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui berapa amaun yang anda boleh keluarkan berdasarkan baki yang ada.

 

AMAUN PENGELUARAN DIBENARKAN BERDASARKAN BAKI

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu.

Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

 

llustrasi penggunaan Simpanan Akaun 1 dan Akaun 1 adalah seperti berikut:

 

Walaubagaimanapun, tidak semestinya anda buat permohonan pengeluaran semaksima mungkin atau buat pengeluaran sehingga habis simpanan. Pastikan anda buat pengeluaran mengikut jumlah yang

diperlukan sahaja bagi memastikan simpanan anda kekal untuk kegunaan akan datang.

 

BAKI PERLU DIKEKALKAN

Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. Ahli TIDAK LAYAK kerana ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 serta baki Akaun 2 kurang daripada RM50.

 

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status

 

 

sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

 

KAEDAH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

·        Akaun bank (simpanan atau semasa)

·        Akaun bank masih aktif.

·        Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

 

Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas KWSP, anda boleh rujuk FAQ di laman https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button