PERMOHONAN RAKYAT

Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan. Tarikh-tarikh Penting Yang Anda Perlu Tahu

Status kelulusan Pengeluaran Khas KWSP telahpun mula diumumkan melalui semakan secara atas talian di portal rasmi berkenaan.

 

Susulan itu, ramai sudah mula tertunggu-tunggu bayaran yang dijadualkan pada 20 April 2022.

 

Namun hari ini, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran bagi Pengeluaran Khas ini akan dipercepatkan kepada 18 April bagi memenuhi keperluan pemohon.

 

Perkara tersebut dimaklumkan melalui media sosial beliau beserta sebuah video:

 

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Dipercepatkan Kepada 18 April 2022 – Tengku Zafrul

 

Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

 

Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

 

Berikut Merupakan Tarikh Penting Yang Anda Perlu Tahu

 

·       Batch 21 April – 18hb

·       Batch 22 April – 19hb

·       Batch 23 April – 20hb

·       Batch 24 April – 21hb

·       Batch 25 April – 22hb

 

“Bagi mereka yang telah memohon pada awal bulan April bolehlah mula check akaun masing-masing esok. Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau, insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram pada Ahad.

 

Permohonan untuk pengeluaran khas KWSP ini telah dibuka bermula pada 1 April lalu setelah kerajaan bersetuju untuk membenarkan pencarum berusia bawah 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan sehingga maksimum RM10,000.

 

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, pengeluaran khas ini merupakan yang terakhir akan dilakukan dan tidak ada lagi skim pengeluaran khas selepas ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button