PERMOHONAN RAKYAT

Pengeluaran Khas KWSP, Ini Kategori Yang Akan Menerima Bayaran Selepas Raya

 

Pengeluaran khas KWSP : Kategori ini akan terima bayaran selepas raya. KWSP umum kategori ini akan terima bayaran selepas taya, Tarikh pembayaran, perkara penting pengeluaran khas.

 

Untuk pengetahuan anda, pembayaran telah mula dibayar mulai 18 April lepas.

 

Walau bagaimanapun, terdapat sebuah kategori permohonan yang akan menerima bayaran selepas raya ini.

 

Terdapat satu kategori permohonan diumumkan oleh pihak KWSP yang akan menerima bayaran selepas hari raya Aidilfitri.

 

Kategori tersebut adalah permohonan Pengeluaran Khas yang dibuat bermula 28 April dan ke atas sahaja

 

Walau bagaimanapun, bagi permohonan 27 April dan ke bawah pembayaran akan dilakukan sebelum hari raya Aidilfitri.

 

TARIKH PEMBAYARAN

Tarikh pembayaran untuk pemohon 28 April dan ke atas akan dibuat seawal

 

ยท       5 Mei 2022 atau hari raya ketiga

 

PERKARA PENTING PENGELUARAN KHAS

 

Pelbagai perkara penting yang anda perlu tahu untuk Pengeluaran Khas ini termasuklah

 

1. Pembayaran Pengeluaran Khas Diawalkan

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini diawalkan beberapa hari bermula

18 April berbanding tarikh sebelumnya iaitu 20 April

 

Pembayaran diawalkan untuk memudahkan pemohon berbelanja sempena hari raya

 

2. Pembayaran Pada 18 April

Semakan status permohonan dipaparkan bahawa pembayaran pertama adalah pada 20 April. Walau bagaimanapun disebabkan tarikh bayaran yang diawalkan, dijangkakan bahawa

semakan status pembayaran yang pada 20 April akan mula dikreditkan pada 18 April ini

 

Namun, tiada info sahih yang diterima mengenai hal itu

 

3. Pembayaran Secara Berperingkat

Menurut Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Zafrul, sekiranya terdapat pemohon yang belum menerima bayaran pada 18 April, pemohon tidak perlu risau dan perlu tunggu untuk beberapa hari lagi.

 

Hal ini kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat. Sama seperti pembayaran i-Citra dan i-Sinar.

 

Sekiranya anda terlepas informasi mengenai jumlah bayaran yang akan dikreditkan. Pembayaran akan dilaksanakan sekali bayar atau one-off sahaja.

 

Ini bermaksud sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan terima RM 10,000 sekaligus.

 

4. Penggantian Jumlah Pengeluaran

Untuk pengetahuan anda, setiap jumlah pengeluaran anda perlu diganti semula melalui kadar caruman bulanan KWSP.

 

Ahli perlu menggantikan keseluruhan jumlah pengeluaran melalui Pengeluaran Khas ini dengan tambahan sebanyak 20 PERATUS (%).

 

Berikut adalah contoh pengiraan :

 

Sekiranya anda membuat Pengeluaran Khas RM 10,000

 

20 % daripada RM 10,000 adalah RM 2,000

 

Oleh itu, jumlah yang perlu anda ganti adalah RM 10,000 + RM 2,000 = RM 12,000

 

Caruman baharu yang diterima akam dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% daripada amaun pengeluaran seperti yang ditunjukkan di atas.

 

Setelah penggantian selesai, caruman akan kembali seperti biasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button