PERMOHONAN RAKYAT

Pengeluaran KWSP 10K Wajar Dilakukan – Sign Petition Sekarang!

 

Pengeluaran KWSP 10k. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki mempertahankan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Online) sebanyak RM10,000 buat kali terakhir selepas dividen agensi itu dianggarkan mencecah sehingga enam peratus.

 

Pengeluaran KWSP 10k

 

Beliau berkata ini berikutan segala isu yang digembar-gemburkan sebelum ini yang menyifatkan prestasi KWSP akan terjejas berikutan pengeluaran RM101 bilion bagi tujuan i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.“Dengan jumlah aset KWSP yang makin berkembang mencecah RM1 trilion, dan dividen yang dianggarkan mencecah 6 peratus, maka sepatutnya pengeluaran terakhir RM10,000 yang sangat diharapkan rakyat dapat dipenuhi.

 

“Anggaran kira-kira RM25 hingga RM30 bilion hasil daripada pengeluaran terakhir itu tidak akan menjejaskan aset pelaburan KWSP sebanyak RM983 bilion.“Malah prestasi baik pasaran modal dan kewangan pastinya mampu memberi pulangan kepada dana KWSP yang dikeluarkan dalam jangka pendek,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

 

Wajar Benarkan Pengeluaran KWSP One-Off Sebelum ini, media melaporkan, beberapa pakar ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen lebih menarik untuk 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga enam peratus. Ini disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pelaburan kasar dana serta prestasi pasaran modal yang positif.

 

Asyraf Wajdi menjelaskan, pengeluaran terakhir itu juga penting bagi memenuhi keperluan rakyat dan bertepatan dengan Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6) (k) (l) (m).

 

Rakyat Terdesak

 

“Pengeluaran ini penting bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat yang dalam keadaan susah, resah dan terdesak untuk terus bertahan dengan pelbagai komitmen dan hutang bertunggak akibat pandemik.

 

Sign Petition

 

Adakah anda setuju dengan pengeluaran KWSP RM10k One-off patut dilaksanakan segera? Jika setuju ayuh kita bersama-sama tandatangan petisyen di sini Atauhttps://www.change.org/p/kerajaan-malaysia-tuntutan-rm10000-wang-caruman-kwsp-secara-one-off.

 

Sign Petition 👇

https://www.change.org/p/kerajaan-malaysia-tuntutan-rm10000-wang-caruman-kwsp-secara-one-off

Related Articles

One Comment

  1. Saya pun sokong pengeluar kwsp tu yg penting skrng nie mcmn nak Kita terus kan hidup kalau asik fikir untk Masa tua kalau sekarang pun tidak dapat susah mana dapat ssmpai ketua nie kalau keadaan skrng pun susah 🙏🙏🙏 berharap harap sangat

  2. Saya juga Mohon bg la Kami lepaskan pengeluaran, saya sekarang terpaksa hidup menumpang di rumah adik beradik kerana tidak mampu lagi membayar sewa..Moga ada sinar buat keluarga Kami anak2 Kami..Dan boleh buat modal berniaga kembali..Kami dah tak ada tempat untuk meminjam lagi.

  3. Tidak apa la menteri2..kami ni org kaya MCM kmu juga.byk duit..sempat atau tidak kami ini tua nanti,kmu bagi la anak cucu cicit kmu EPF kami itu..tak cukup duit,nanti kmi merumpak la.oklpas itu kmu tangkap la kmi,supaya MKN Asi freee

  4. Saya perlukan sesangat kerana sudah 4thn tidak bekerja.. Bantuan yg kerajaan sediakanan 1 pn saya minta tak pernah yang dapat.. Jadi disini saya ingin kwsp membenarkan saya mengeluarkan nya.. Nak tunggu hari tua entah sempat entah tidak jadi rasanya elok laa jadi diri sendiri darpd nk jaga hari tua rakyat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button