BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Pengeluaran KWSP : Ada Yang Dakwa Sudah Dikredit Masuk Dalam Akaun?

 

Pengeluaran KWSP : Ada yang dakwa sudah dikredit masuk dalam akaun? Walaupun bayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijadualkan 20 April ini, namun terdapat dalam kalangan pemohon yang amat mengharapkan perkara itu dapat berlaku dalam minggu ini.

 

Antara alasan mereka adalah kesempitan hidup, menyara perbelanjaan ekoran tempias fasa pandemik Covid-19 dan memerlukan wang untuk berbelanja bagi persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lama.

 

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia di akaun Facebook Pengeluaran Khas KWSP 2022, didapati ruangan dipenuhi dengan komen orang ramai yang mahu bayaran wang dapat dilakukan segera kerana keperluan mendesak dan amat memerlukan wang segera.

 

Malah tidak kurangnya masih keliru tarikh bayaran sedangkan KWSP sebelum ini pernah memaklumkan duit akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing bermula 20 April depan.

 

“Siapa dah semak tarikh duit KWSP bila, sila info,” kata pengguna Facebook, Mazuin Salleh.

 

Selain itu, ada pihak mengambil kesempatan khabar angin bahawa bayaran pengeluaran khas akan dimasukkan hari ini atau esok sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak.

 

“Aku nak tanya, siapa yang cakap 14hb ini check (semak) kelulusan. Datang mana info ni. Jangan memandai-mandai tiba-tiba nak jadi orang KWSP pula,” soal Bro Barkoba.

 

Ada tidak kurangnya yang terkeliru berkenaan status permohonan antara diterima atau diluluskan.

 

“Hi nak tanya ramai lagi ke belum lulus, sebab status saya masih ‘Permohonan anda telah diterima’. Kenapa?” Tanya Narmatha Manirajoo.

 

Pada 9 April lalu, orang ramai boleh menyemak status permohonan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 secara one-off di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/.

 

Permohonan pengeluaran khas tersebut mula dibuka 1 April lalu sehingga 30 April ini.

 

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

 

Bayaran bagi pengeluaran khas itu dijangka dibuat secara sekali pembayaran kepada pencarum yang layak bermula 20 April ini.

 

– UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button