PERMOHONAN RAKYAT

Pengeluaran KWSP: Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum 20 April 2022

 

Sejak minggu ini, rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkongsi di media sosial mengenai permohonan pengeluaran RM10,000 mereka.

 

Walaubagaimanapun, kebanyakan dari mereka tertanya-tanya adakah status PERMOHONAN DITERIMA itu bermaksud lulus atau masih dalam proses?

 

APA MAKSUD PERMOHONAN DITERIMA?

Menurut kenyataan KWSP sebelum ini, semakan status permohonan diterima adalah merupakan prosedur umum permohonan yang membolehkan pemohon membuat semakan & memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.

 

Jika anda mempunyai masalah semasa membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP seperti tidak dapat SMS OTP/OTC.

Terdapat beberapa yang anda perlu kemaskini termasuklah nombor telefon KWSP yang tidak aktif.

 

1) Kemaskini  Nombor Telefon KWSP

Sebarang pengemaskinian nombor telefon KWSP anda perlu mengunjungi kiosk KWSP yang terdekat.

Ikuti langkah-langkah berikut :

 

·        Pergi ke kiosk KWSP

·        Sentuh skrin di kiosk KWSP

·        Buat pilihan bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

·        Masukkan MyKad di tempat yang disediakan iaitu bahagian sebelah kiri kiosk

·        Letakkan ibu jari kanan pada ruangan yang disediakan untuk mengesahkan identiti anda

·        Seterusnya, ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin untuk kemaskini nombor telefon KWSP

·        Jika anda masih lagi mengalami masalah untuk kemaskini, minta bantuan kepada mana-mana pekerja yang memakai uniform KWSP di premis tersebut

·        Selesai urusan tukar nombor telefon di KWSP

 

2) Kemaskini Kata Laluan KWSP

Berikut adalah langkah-langkah ringkas untuk tukar ataupun kemaskini kata laluan i-Akaun

 

·        Log masuk i-Akaun

·        Klik Profil dan klik tukar kata laluan

·        Masukkan kata laluan semasa

·        Masukkan kata laluan baru

·        Masukkan pengesahan kata laluan baru

·        Tekan butang hantar

·        Selesai

 

3) Kemaskini Soalan Dan Jawapan Rahsia KWSP

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk menukar soalan dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda :

 

·        Log masuk i-Akaun

·        Klik profil dan tekan Kemas Kini Soalan dan Jawapan Rahsia

·        Sila pilih soalan rahsia daripada senarai yang diberikan

·        Sediakan satu jawapan berdasarkan setiap soalan yang dipilih

·        Pilih soalan rahsia 1 beserta jawapan

·        Pilih soalan rahsia 2 beserta jawapan

·        Pilih soalan rahsia 3 beserta jawapan

·        Tekan butang hantar

·        Selesai

 

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

 

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button