BERITA

Pengeluaran KWSP RM10K Terletak Di Tangan Perdana Menteri

 

Dato Zamil Ibrahim Melalui akaun Tiktok miliknya, menyatakan beliau sedang berusaha untuk merialisasikan tuntutan 10k Oneoff Citra KWSP sebagai mana yang rakyat mahukan menurutnya.

@zamilibrahim67official One Off 10k I Citra KWSP – Telah Diusahakan Dengan Pelbagai Cara. PM Wajar Mendengar Luahan Dari Rakyat & Pencarum.#zamilibrahimofficial ♬ original sound – Zamil Ibrahim Official

 

Melalui postigan tersebut, ramai pihak yang menyambut baik usaha beliau. Antara komen-komen yang di tulis adalah,

 

” Terbaik Dato zamil,terima kasih Kami Ucapkan kpd Dato kerana sanggup bersusah Payah mewaklili suara majoriti pencarum KWSP yg nak RM10K ONE OFF, kepada PM tunaikan Amanah Dan tanggung Jawab ANDA sebagai PM.

 

Pada masa yang sama Komuniti ‘KWSP Pengeluaran RM10,000 One-Off’ diwujudkan

 

PETALING JAYA – Tidak menghairankan ketika ini apabila ramai rakyat di Malaysia menuntut pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara one-off.

 

Ini kerana rata-rata rakyat negara ini memerlukan wang simpanan mereka itu bagi kelangsungan kehidupan mereka selepas dibadai masalah Covid-19 dan banjir besar baru-baru ini.

 

Bagi berkongsi status atau berita terkini daripada kerajaan yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat, satu komuniti dikenali KWSP Pengeluaran RM10,000 One-Off telah diwujudkan di Facebook.

 

Ternyata komuniti atau ‘group’ tersebut mendapat perhatian ramai apabila mencecah 428,000 pengikut sejak ia ditubuhkan tahun lalu.

 

Nampaknya, ramai yang sedang menunggu berita gembira dari pihak KWSP sendiri walaupun keputusan telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini bahawa pengeluaran tersebut tidak akan berlaku.

 

Melihat kepada beberapa komen orang ramai di setiap posting dalam komuniti tersebut, ternyata mereka memerlukan pengeluaran KWSP secara one-off itu.

 

“Tak ada ke menteri atau siapa sahaja orang besar kerajaan dalam group ni, mereka faham tak apa yang kita perlu sekarang.

 

“Ramai yang susah, hilang kerja semua. Kalau pun sudah dapat kerja ada juga yang nak selesaikan hutang-hutang yang tertunggak sebelum ini, kenapa susah sangat nak faham,” jelas Zaibidi Semail.

 

“Dalam group ni, boleh la aku tahu status terkini pengeluaran KWSP. Macam dah tipis sangat peluang tu tapi aku yakin akan ada berita gembira selepas ini.

 

“Ini bukan soal politik mahupun kepentingan mana-mana parti, ini adalah luahan rakyat yang sedang susah,” jelas Zaid Abd. Rahman. -K! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button