PERMOHONAN RAKYAT

Pengeluaran RM10,000 ‘One-Off’ Patut Sebab Dividen Tinggi: Tarikh Pengumuman Dividen KWSP

Bila tibanya tahun 2022 ini, maka antara tumpuan utama masyarakat adalah berkenaan dengan agihan pendapatan atau dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2021.

 

Berdasarkan laporan media, dividen KWSP dijangka akan lebih tinggi dari sebelumnya iaitu mencecah enam peratus. Ini kerana, ia didorong oleh peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana berkenaan selain prestasi pasaran modal yang positif.

 

Rentetan dari itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengeluaran RM10,000 wajar dipertimbangkan kerana ia tidak akan menjejaskan simpanan masa depan pencarum serta pelaburan KWSP sendiri.

 

Katanya, KWSP dan kerajaan wajar membuat pertimbangan secara serius kerana dahulu mereka memberikan alasan pengeluaran RM10,000 ‘one off’ berkenaan akan menjejaskan prestasi dividen pencarum tetapi apa yang kita dapat lihat pelaburan KWSP tidak terjejas pun.

 

Tarikh Pengumuman Dividen

 

Berkenaan dengan tarikh pengumuman dividen KWSP, ia akan dimaklumkan pada pada awal suku pertama tahun ini. Berdasarkan jawapan KWSP di media sosial rasminya, pengumuman itu dijangka pada pertengahan/penghujung bulan Februari 2022 atau awal Mac 2022.

 

Jika dilihat pada tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen bagi Tahun Kewangan 2020 pada tarikh 27 Februari 2021.

 

Dalam masa sama, berikut adalah jumlah dividen KWSP bagi tahun-tahun sebelum ini: –

 

·       Tahun 2015: 6.40% (Simpanan Konvensional)

·       Tahun 2016: 5.70% (Simpanan Konvensional)

·       Tahun 2017: 6.40% (Simpanan Syariah) dan 6.90% (Simpanan Konvensional)

·       Tahun 2018: 5.90% (Simpanan Syariah) dan 6.15% (Simpanan Konvensional)

·       Tahun 2019: 5.00% (Simpanan Syariah) dan 5.45% (Simpanan Konvensional)

·       Tahun 2020: 4.90% (Simpanan Syariah) dan 5.20% (Simpanan Konvensional)

 

Untuk pelbagai lagi maklumat terkini dari KWSP, boleh dibaca – DI SINI.

Related Articles

One Comment

  1. Bagaimana pula org yg dah tak ada wang kwsp ….mohon pada PM tollong jangan lulus kan pengeluaran wang kwsp i ceria…kerna kesian la org yg dah habis duit d dlm kwsp…separuh rakyat akan merungut atau sakit hati kerana mereka da tak ada duit kat dlm kwsp tu….

  2. SUDAH2 LA PENGELARAN WANG KWSP TU …BANYAK RAKYAT DAH HABIS WANG KWSP ….DAH LA I SINAR DAN I CITRA ..TAK PAYAH LAGI PENGELUARAN I CERIA…BUKAN SEMUA DAPT PENGELUARAN I CERIA…YG ADA BAKI SAJA YANG BOLEH KELUARKAN …MOHON PADA PM TAK PAYAH LA LULUSKAN PENGELUARAN KWSP I CERIA ….NANTI BNYAK RAKYAT YG MERUNGUT….MERUNGUT …

  3. MOHON PADA PM TOLONG JANGAN LULUSKAN PENGELURAN WANG KWSP I CERIA TU….TAKUT SEGELINTIR RAKYAT MERUNGUT….KERANA DUIT KWSP MEREKA DAH HABIS

  4. TIDAK KESIAN KA ORG YG DAH TAK ADA WANG KWSP ?..
    MAU KA SEGELINTIR RAKAYT MERUNGUT?MEREKA MUNGKIN AKAN HIDUP SUSAH….LEBIH BAIK TIDAK PAYAH LULUSKAN PENGELUARAN WANG KWSP I CERIA TU….BARU ADIL…..

  5. Abis nak pakai duit ko ke tuk bantu rakyat…tak kan…so berpkir laa scra positif..jgn smpan otak tu kag lubang bontot ok…

  6. Monyet2 dari mana yang cilaka cakap tak payah benarkan pengeluaran one off 10k kwsp tu? ..Oiii monyet..kalau ko takde duit nak keluar dlm kwsp tu ko tak payah la nak menyalak2 macam anjing.

  7. gara² pendamik cov19 hutang banyak perlu di bayar,ister banyk..berhutng dgn kwn keluarga..dh x bekerja setahun,makan tanah dah sekarang ni..

  8. Kami ambil duit kami..titik peluh kami.. bukan duit kerajaan..hak tetap hak..yg takde duit dlm simpanan,kerajaan kena fikirkan cara..Semasa pru kita yg tentukan dahulu.

  9. saya harap kerajaan lulus kn one off 10k, untuk kami yang sedang kesesakan wang skrg ni bencana banyak yang melanda dgn kwsp blh la kami terus kan kestabilan hidup kami ,jika kerajaan lulus kn jangan risau pasal undi 100% kami akan undi anda sebab disini la kami tahu parti yang mana betul2 bantu rakyat terima kasih

  10. Yg da xda duit dlm kwsp itu bkn slh kami yg masih ada balance dlm acct kwsp,kami perlukn pengeluaran tu sebab nk byr hutang yg sedia ada,brg² sekolah ank lagi,brg kperluan skrg bkn murah pun,kalau nk hrp duit asben kesian jugak

  11. Luluskanlah kwsp tu 2 tahun Tak bekerja sebab faktor umur byk company Tak terima, sekarang baru NK kerja jadi hutsng yg tertonggak tu mcm bukit dah ,bank Tak tahu tu sampai masa call Tak putus2 pas tu message sampai pulak
    Ok tolong luluskan 10k tu amat memerulkan buat masa ni

  12. Rakyat ini memang dlm susahan, tlng luluskan 10k kali terakhir….kami tak minta tlng dkt kerajaan, kami nak duit sendiri Utk selesai semua htg….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button