BERITA

Pengumuman Dividen KWSP 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2022

Setiap tahun, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.

 

Semua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter.

 

Terkini, KWSP telah mengumumkan kadar dividen 2021 pada tengah hari 2 Mac 2022.

 

Dalam artikel ini akan diterangkan lebih lanjut cara membuat semakan dividen KWSP bagi ahli-ahli yang mencarum, di mana jumlah dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing.

 

Dividen KWSP 2022 (Tahun Kewangan 2021)

 

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.

 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020.

 

Secara umumnya ramai yang teruja kerana KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2021 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

 

Berikut dikongsikan tarikh pengumuman dividen KWSP 2022 dan cara membuat semakan secara online.

 

Sejarah Kadar Dividen KWSP Tahun 2020 Dan Sebelumnya

 

Berikut adalah Kadar Dividen_KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional pada tahun-tahun sebelum ini. Sila rujuk (link ke Sejarah Kadar Dividen)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button