BERITA

Penjelasan Najib Razak mengapa jumlah RM10,000 secara “one-off” ini mampu disediakan oleh KWSP

 

Penjelasan Najib Razak Berkenaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

 

Sebab-sebab mengapa jumlah RM10,000 secara “one-off”  ini mampu disediakan oleh KWSP

  1. Jumlah aset terkumpul KWSP bernilai RM940 bilion pada masa kini.
  2. Seandainya 4 juta pencarum mengeluarkan maksima yang dibenarkan sebanyak RM10,000, ini akan mengakibatkan keperluan dicairkan wang tunai sebanyak RM40 bilion.
  3. Tidak semua pencarum akan mengeluarkan jumlah maksima. Kemungkinan, jumlah yang diperlukan sekitar RM20 bilion hingga RM30 bilion
  4. Bank Negara boleh membeli bon-bon kerajaan yang dimiliki oleh KWSP. Perlu sedar bahawa 49% aset KWSP adalah dalam bentuk bon kerajaan. Dan Bank Negara boleh membantu dengan pelupusan bon ini tanpa memberi impak besar kepada pasaran bon tempatan

 

Jalan untuk memulihkan dan memastikan pencarum dengan baki simpanan yang rendah dapat menambah simpanan mereka dengan kadar paling cepat


Perkara ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :

  1. Selepas Covid kerajaan boleh membantu KWSP untuk meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP. Contohnya, sebelum ini projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek Battersea di United Kingdom serta pemilikan 49% di dalam syarikat PLUS. Bukan diberikan kepada kroni.
  2. Menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum.
  3. Mengubah struktur pembayaran dividen kepada struktur berperingkat dengan izin “multi-tier dividend structure” di mana baki simpanan yang lebih rendah akan terima dividen yang lebih tinggi supaya pembahagian keuntungan KWSP akan lebih memihak kepada pencarum yang mempunyai baki simpanan rendah.

Dengan ini, simpanan masa tua pencarum yang terpaksa mengeluarkan wang secara “one-off” dari Akaun 1 dapat dipulihkan dalam masa terdekat.

Kita bukan mahu memaksa KWSP untuk mencairkan aset ekuiti pada masa nilai aset rendah. Secara tidak langsung menambah wang dalam kitaran atau “money circulation” dalam ekonomi agar pekerjaan dapat diselamatkan dan ekonomi dapat dirancakkan dengan penambahan permintaan ini, merupakan keutamaan kita.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button