BERITA

PERDANA MENTERI MEMBUAT PENGUMUMAN PEMBERIAN MORATORIUM AKAN DILANJUTKAN KEPADA DUA TAHUN

 

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman pemberian Moratorium akan dilanjutkan kepada dua tahun lagi bagi golongan B50.

 

Yang Berhormat Perdana Menteri mengumumkan perkara tersebut di hantaran facebook milik beliau sebentar tadi.

 

Bagi meringankan beban rakyat Moratorium yang akan tamat pada 31 Disember ini akan dilanjutkan selama dua tahun bagi peminjam golongan B50 kata beliau.

 

Menerusi hantaran tersebut Perdana Menteri juga meminta bank bank agar tidak mengenakan tindakan undang undang kepada peminjam yang gagal membuat pembayaran sebaliknya peminjam boleh berbincang dengan pihak bank bagi membuat penstrukturan bayaran balik.

 

Dalam masa yang sama menurut Perdana Menteri, kerajaan juga melalui Jabatan Insolvensi Malaysia telah menaikkan nilai ambang kebankrapan kepada RM 100,000.

 

Tambah Perdana Menteri kerajaan juga menyediakan banyak inisiatif untuk mensejahterakan rakyat dibawah Bajet 2022. Antaranya seperti Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan awal persekolahan, rancangan makanan tambahan anak-anak miskin dan lain lain.

 

Kerajaan juga telah mengaktifkan Majlis Perlindungan Sosial (Myspc) bagi membentuk dasar keselamatan sosial yang komprehensif dan bersepadu.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button