BERITA

[PERHATIAN] SENARAI DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah.  Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan2 dalam Bajet 202 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga dan bujang. 

 

Untuk menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), hanya individu tertentu perlu membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat sepanjang tempoh ditetapkan.  Bagi yang pernah menerima bantuan BPR & BKC, anda tidak perlu membuat permohonan baharu, tetapi perlu kemaskini sekiranya ada sebarang perubahan maklumat.

 

 

SENARAI DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN BARU BKM

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan baru BKM:

  1. Sijil Kahwin
  2. Sijil bercerai / sijil kematian pasangan
  3. Pengesahan pasangan
  4. Pengesahan status pelajar anak
  5. Sijil lahir anak

SENARAI DOKUMEN UNTUK KEMASKINI MAKLUMAT

Penerima bantuan sedia ada yang tidak perlu.  buat permohonan baharu tetapi ingin kemaskini maklumat kerana ada perubahan maklumat, anda perlu sediakan dokumen berkaitan seperti berikut:

  1. Sijil Kahwin – Bagi yang bertukar status bujang kepada berkahwin
  2. Sijil bercerai / sijil kematian pasangan – Bagi yang bertukar status daripada berkahwin ke bujang
  3. Sijil lahir anak – Bagi yang bertambah bilangan anak
  4. Bagi yang berubah maklumat akaun bank, anda hanya perlu masukkan maklumat akaun bank baharu

 

 

Bagi yang nak semak kelayakan dan buat permohonan baru atau kemaskini maklumat BKM, anda boleh buat di laman berikut:

SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN BARU BKM

Untuk makluman anda, BKM akan dibayar secara berperingkat, iaitu sebanyak 4 kali dalam setahun.  Anda boleh semak tarikh bayaran pertama BKM akan disalurkan di bawah:

TARIKH BAYARAN PERTAMA BKM

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM.  Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button