PERMOHONAN RAKYAT

Perincian Bayaran Tambahan BKM RM500-RM300

 

KADAR TAMBAHAN BAYARAN BKM 2022

 

Tak lama lagi, pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan bagi penerima yang layak.

 

Tahukah anda, bagi penerima yang lulus, terdapat bayaran tambahan BKM yang telah diperuntukkan.

 

Bayaran Tambahan BKM ini dikhaskan bagi penerima kategori Isi Rumah dan juga Warga Emas, serta tertakluk kepada pendapatan semasa.

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.

 

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar yang diumumkan melalui Bajet 2022.

 

Bantuan ini lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

 

Penyaluran bantuan tunai ini diperuntukkan bagi penerima warga Malaysia dari kategori isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.

 

Kadar Bayaran BKM

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon layak adalah seperti berikut:

 

Kadar Tambahan BKM

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

 

• Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

• Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

 

Kategori Bantuan Pendapatan Bilangan Anak Kelayakan Asas Kelayakan Selepas Kadar Tambahan

 

*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

 

Bilakah Akan Dapat BKM Tambahan?

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Siapakah Yang Layak Sebagai Penerima BKM?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

 

Tempoh Permohonan / Kemaskini Maklumat

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

 

Jika anda penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP:

 

·        Anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan

·        Anda tidak perlu membuat permohonan baharu BKM

·        Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan Portal BKM

·        Jika anda tidak pernah memohon BPR ataupun BKC, dan tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM:

·        Anda boleh membuat permohonan baharu BKM secara dalam talian di Portal BKM;

·        Ataupun hadir ke mana-mana cawangan / pejabat satelit / pusat khidmat hasil / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk megisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM

 

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM dan BKM Tambahan adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

 

1.      Ada akaun bank dan berjaya kredit

·        Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau

·        Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat

2.      Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)

·        Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

·        Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM

3.      Tiada akaun bank

·        Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

·        Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM

 

Maklumat Lanjut BKM Tambahan

nfo lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :

 

·        Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747

·        Hotline BKK MoF : 03 8882 4565

·        Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

·        e-Mel : bkm@treasury.gov.my

·        Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/

·        Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button