BERITA

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB)

 

MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN BERSASAR (PKPDB) SECARA PENTADBIRAN DI DAERAH LAHAD DATU, TAWAU, KUNAK DAN SEMPORNA

 

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan COVID-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020.

Daripada jumlah itu Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini.

PKPDB secara pentadbiran ini akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, 29 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020 dan akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk.

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

 

 

 

 

Dengan pelaksanaan perintah ini :

  1. Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
  2. Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan
  3. Semua aktiviti diusahakan dihentikan penggunaan barang keperluan dan perkhidmatan (keperluan) di empat daerah yang terlibat. 
  4. Pengkalan Perubatan (Pangkalan Perubatan) akan dibuka di kawasan PKPDB. 
  5. Semua jalan keluar masuk kawasan PKPDB ditutup. 

Bagi tugas pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan diisi di seluruh kawasan yang terlibat  melaksanakan perintah ini, semua penduduk yang memerlukan untuk bertenang dan memberikan bantuan kepada petugas-petugas dari KKM dan juga semua pihak yang berkuasa.

 

info : https://www.facebook.com/ismailsabri60/

Penduduk yang memerlukan bantuan atau memerlukan pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah seperti berikut:

Lahad Datu : 089-881255

Tawau : 089-752222

Kunak : 089-851222

Semporna : 089-782020

Rujukan :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button