BERITA

Perkeso Anjur Ekspo Pekerjaan Terbesar Mulai Esok

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengajak semua rakyat khususnya yang sedang mencari pekerjaan atau ingin meneroka peluang pekerjaan baharu untuk mengunjungi Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022.

 

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ekspo anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Perkeso itu akan diadakan pada 23 sehingga 27 Julai ini, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

 

“Ia bakal menjadi karnival pekerjaan terbesar dan julung kali diadakan pada tahun ini bagi mencapai sasaran Kerajaan untuk mencipta 600,000 peluang pekerjaan melalui ‘Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia’ di bawah Bajet 2022.

 

“Berkonsepkan ‘One Stop Employment Solution’, ekspo ini bermatlamat menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai peluang pekerjaan di seluruh negara oleh para majikan di bawah satu bumbung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, ekspo tersebut bakal menyediakan lebih 30,000 kekosongan jawatan daripada pelbagai kategori dan sektor pekerjaan termasuk profesional dan pengurusan untuk diisi oleh pencari kerja.

 

“Ekspo ini turut melibatkan kira-kira 1,000 majikan termasuk sektor ekonomi gig, keusahawanan dan penyedia latihan yang menyediakan program ‘Place and Train’.

 

“Petronas, ExxonMobil, UMW Holdings, MBSB Bank dan RHB Bank adalah antara majikan yang akan menyertai ekspo ini,” katanya.

 

Katanya lagi, orang ramai diminta untuk membuat pra-pendaftaran.

 

“Sebarang maklumat lanjut berkaitan ekspo ini boleh diakses melalui pautan www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

 

“Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau 03-80915300, atau e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my,” katanya.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button