PERMOHONAN RAKYAT

Perlukan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Cuba Cara Ini

 

Bagi mereka yang berkeinginan untuk membina/membangunkan rumah di tanah sendiri, disini terdapat satu bentuk skim iaitu Skim Pinjaman Perumahan yang bertujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk membina rumah pertama mereka di atas tanah sendiri.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan maklumat skim Pinjaman Perumahan serta cara permohonannya, anda boleh rujuk maklumat dibawah.

 

Baca juga:

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 Diberikan Secara ‘One-off’

Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Isi Rumah

 Untuk lebih banyak info bantuan, rujuk ðŸ‘‰http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  


SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 hingga 71 tahun.
  3. Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  4. Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan (pemohon dan pasangan).
  5. Pemohon dan pasangan hendaklah Belum mempunyai rumah.
  6. Jumlah pendapatan kasar isi rumah antara RM1,000.00 ke RM3,000.00 sebulan.
  7. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.

 

SYARAT PINJAMAN

Berikut adalah syarat-syarat pinjaman:

  1. Had pinjaman maksimum sebanyak RM60,000.00 (Tidak termasuk perlindungan insuran).
  2. Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  3. Caj perkhidmatan 2% dikenakan kepada peminjam.
  4. Perlu mengambil insuran yang disediakan oleh panel insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.

 

PAKEJ PINJAMAN DUA GENERASI

Berikut adalah syarat-syarat bagi pakej pinjaman dua generasi:

  1. Plihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45 sehingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 – 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000 dan bukan kaki tangan kerajaan.
  2. Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja.
  3. Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon.

 

SYARAT CAGARAN TANAH

Berikut adalah syarat-syarat untuk cagaran tanah:

  • Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun
  2. Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

 

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

Berikut adalah syarat-syarat bagi pembinaan rumah:

  • Rumah teres sesebuah setingkat – Keluasan lantai 700-1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur & 2 bilik air, ruang tamu & dapur.
  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Pemohon TIDAK dibenarkan menggunakan pelan sendiri.
  • Mendapat kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
  • Pelantikan kontraktor akan diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:

  1. Kontraktor tempatan mengikut Kawasan DUN;
  2. Mempunyai Pendaftaran Syarikat DAN Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih Sah;
  3. Memiliki Punca Kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000,00.
  4. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.

 

CARA PERMOHONAN

 

Permohonan boleh dibuat dengan cara menghantar borang permohonan kealamat yang tertera didalam borang permohnan.

Rujuk Borang Permohonan – KLIK DISINI

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi:

 

Bahagian Pengurusan Perumahan

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30, No 51 Persiaran Perdana Presint 4,

62100 Putrajaya

 

No Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8891 4269

Emel: spp@kpkt.gov.my

 Untuk lebih banyak info bantuan, rujuk ðŸ‘‰http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button