PERMOHONAN RAKYAT

PERMAI : Bantuan Internet Percuma 1GB Setiap Hari

 

 

Industri telekomunikasi bersedia memberi bantuan dalam tempoh PKP ini. Pemberian data 1 Gigabit secara percuma telah diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web, termasuklah untuk tujuan pendidikan. Kemudahan yang bernilai 500 juta ringgit ini telah bermula pada 1 Januari 2021 dan akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021.

 

Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April 2021. Kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi tersebut akan dapat meringankan beban pengguna.

 

 

 

 

CARA PENEBUSAN

 

 

 

Untuk mendapatkan data percuma 1GB ini, ianya tertakluk kepada syarikat telekomunikasi masing-masing. Ada yang memerlukan anda melakukan penebusan secara manual dan ada juga yang melakukannya secara automatik.

 

Anda boleh merujuk kepada penyedia khidmat telekomunikasi yang anda gunakan masing-masing untuk ketahui bilakah tarikh bantuan ini boleh untuk ditebus.

 

Pengendali syarikat telekomunikasi tempatan yang terdiri daripada Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad melalui unifi mobile sebelum ini juga telah memanjangkan tempoh akses kepada penawaran Internet Produktiviti 1GB internet percuma sehingga 24 jam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button