PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun `

 

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun|ANDA ingin daftar i-Suri KWSP? Berita baik buat anda golongan suri rumah yang berkelayakan membuat permohonan bantuan i-Suri KWSP tahun 2021. Berikut dikongsikan Cara Permohonan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun buat panduan anda.

 

Sedia maklum, i-Suri KWSP merupakan singkatan kepada Insentif Suri yang adalah Caruman Sukarela untuk suri rumah yang berdaftar dibawah sistem e-Kasih. Kerajaan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim yang dikenali Program Sukarela Insentif Suri (SURI).

 

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Bantuan i-Suri KWSP termasuk syarat kelayakan dan manfaat:

 

Cara Permohonan i-Suri KWSP Tahun 2021

1. Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang seperti berikut:

 

️ Borang i-Suri dan klik👉KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)

️ Borang i-Suri dan klik👉KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

 

 

Syarat Kelayakan i-Suri KWSP 2021

Antara Syarat Kelayakan Permohonan i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

 

1. Mestilah warganegara Malaysia

2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018

3. Belum mencapai umur 60 tahun

4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

 

Manfaat Insentif i-Suri KWSP

Antara Manfaat i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

 

1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.

2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3. Menerima dividen tahunan KWSP.

4. Bantuan Kematian: RM2,500.

 

Info Penting:

** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

 

Cara Dan Saluran Bayaran i-Suri KWSP

A. Perbankan Internet

– Pemindahan wang secara elektronik:

Maybank

Public Bank

RHB Bank

 

B. Kaunter Ejen Bank

– Tunai/cek

BSN

Maybank

Public Bank

RHB Bank

 

C. Kaunter KWSP

Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP, sila menghubungi di Pusat Pengurusan Perhubungan 03 – 8922 6000 atau layari di Portal KWSP www.kwsp.gov.my.

 

Sumber : KWSP & rujukanspm

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button