PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM300 PENJANA – tarikh tutup 31 Oktober 2020

 

Tujuan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) ini adalah untuk meringankan beban ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan mereka khususnya mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19.

 

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal telah dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2020 untuk memberi peluang agar lebih ramai ibu tunggal dapat memohon.

 

Dan bagi ibu tunggal yang layak, pemberian bantuan sebanyak RM300 secara one-off ini akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM).

 

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN BKIT

Melalui KPWKM, maksud ibu tunggal adalah Perempuan yang berwarganegara Malaysia yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti berikut:

  1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak samaada anak angkat atau anak tidak sah taraf.

 

 

CARA MEMOHON BANTUAN IBU TUNGGAL RM300

Terdapat 2 cara memohon bantuan ini iaitu secara online dan juga secara manual (perlu hantar sendiri borang di Pejabat).

 

Permohonan Secara Online


  1. Layari Portal Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) – http://jpw.gov.my/bkit.
  2. Pilih Negeri dan isi maklumat yang diperlukan.
  3. Sertakan bersama dokumen sokongan yang telah disahkan(anda perlu scan dan upload dokumen tersebut).

 

Permohonan Secara Online

Untuk mereka yang mempunyai masalah berkenaan internet untuk membuat permohonan secara online, anda boleh ikut panduan ini:

 

Dapatkan borang BKIT. Anda boleh download Borang Bantuan Ibu Tunggal dibawah ini:

Borang Bantuan Ibu Tunggal

 

 

  1. Isi dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  2. Sertakan bersama salinan dokumen sokongan yang telah disahkan.
  3. Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap bersama salinan dokumen sokongan kepada Pejabat Pembangunan Wanita Negeri masing-masing.
  4. Boleh rujuk alamat pejabat negeri masing-masing disini.

 

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian 03 – 8000 8000 atau Email : infojpw@jpw.gov.my.

Diingatkan sekali lagi tarikh akhir untuk memohon adalah pada 31 Oktober 2020. Diharapkan anda boleh segera memohon tanpa berlengah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button