PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Bantuan RM300 Sebulan BTB – JKM

BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

Pihak kerajaan mengambil berat dalam memikirkan tentang kebajikan masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menyediakan skim bantuan masyarakat khas buat mereka yang berstatus OKU yang berupaya bekerja iaitu dikenali sebagai Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).

 

 Join Telegram Kami 👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

 

Bantuan ini diberikan adalah bertujuan untuk membantu golongan OKU yang tidak berupaya bekerja serta  mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga. Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM300 seorang sebulan.

 

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Berumur 16 tahun dan ke atas;

3. Pemegang Kad OKU JKM;

4. Tidak berupaya bekerja.

5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:

  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
  • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);

6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.

          ATAU

7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

    Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

 

CARA PERMOHONAN

 

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

 

Permohonan Secara Manual:

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Sila muat turun borang permohonan bantuan OKU di laman rasmi JKM- Klik DI SINI

 

Permohonan Secara Atas Talian (Online):

Untuk permohonan secara atas talian, anda boleh memohon melalui lama web eBantuanJKM-
Klik DI SINI

 

Sila sebarkan dan kongsi maklumat ini dengan orang awam agar lebih ramai orang yang dapat dibantu khususnya mereka yang berstatus OKU.

 

Sumber: JKM

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button