PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

 

Suri rumah adalah secara istilahnya ialah golongan para ibu dan mak-mak yang tidak bekerja di luar tetapi membanting tulang dirumah dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga, Maka itu, mengikut logik sudah tentu mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain melainkan sang suami yang menghulurkan nafkah dan sebagai tangunggjawab demi peruntukkan belanja di rumah.

 

Oleh disebabkan itu, kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah supaya mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka atau di masa tua mereka.

 

Pelbagai faedah akan dinikmati melalui skim i-Suri dari KWSP ini. Antaranya dapat menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan.

 

Apakah itu iSuri KWSP?

 

Menurut pihak KWSP, i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan supaya selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.

 

I-suri juga bertujuan untuk membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri ini. Akan tetapi terdapat beberapa syarat yang dikeluarkan oleh KWSP.

 

Cara Daftar i-Suri KWSP

 

Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut :

 

–         MyKad

–         Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)

–         Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)

 

Syarat Kelayakan Pendaftaran i-Suri KWSP

 

Berikut syarat kelayakan pendafatarn i-Suri KWSP :

 

–         Warganegara Malaysia.

–         Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.

–         Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

–         Isteri kepada Ketua Isi Rumah. (KIR/Wanita (KIR)

–         Belum mencapai umur 60 tahun.

 

Siapakah Yang Boleh Mencarum?

 

–         Diri sendiri (Isteri).

–         Suami kepada pasangan yang layak.

 

Faedah i-Suri KWSP

 

Berikut dikongsikan kepada anda mengenai faedah i-Suri KWSP :

 

–         Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.

–         Menerima dividen tahunan KWSP

–         Bantuan Kematian : RM2,500

 

Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

 

–         Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU

–         KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.

–         Belum mencapai umur 60 tahun

–         Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

 

Cara Bayaran

 

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran :

 

–         Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.

–         Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP. (MBB,PBB,RHB dan BSN)

–         Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB.

 

Tambahan : KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.

 

Sumber: portalinfo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button