PERMOHONAN RAKYAT

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ONLINE


 

Cara Mohon Bantuan Zakat Pendidikan yang telah disediakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Perhatian kepada pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke UNIVERSITI AWAM, POLITEKNIK, IPG, KOLEJ MATRIKULASI, ASASI, KOLEJ KOMUNITI & ILKA anda dipelawa untuk memohon bantuan pendidikan secara atas Talian (online).

www.infomalaysiakini.com akan menyediakan bagaimana cara untuk membuat permohonan bantuan pendidikan yang telah disediakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada anak-anak sabah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

 

 

 

 

 

SYARAT-SYARAT UMUM PEMOHON

  1. Penduduk asal Negeri Sabah.
  2. Warganegara Malaysia/ Permastautin tetap
  3. Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

 

BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN YANG DI SEDIAKAN

  1. Bantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTA 
  2. Bantuan Tiket Penerbangan IPTA
  3. Dermasiswa (Awal)
  4. Dermasiswa (Lanjutan)
  5. Dermasiswa (Tiket Akhir)

 

 

CARA PERMOHONAN

 

Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan ini hanya boleh dibuat melalui ONLINE sahaja. Permohonan boleh dibuat melalui pautan borang permohonan online yang ada dibawa.

 

 

 

 

 

 

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :

  1. Permohonan tidak dibuat secara ‘online’;
  2. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  3. Permohonan tidak lengkap

Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat/emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN : borang permohonan online

 

 



Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button