PERMOHONAN RAKYAT

PERMOHONAN BKM : BANTUAN TAMBAHAN BKM RM500 KEPADA MEREKA YANG LAYAK l SEMAK SEGERA

 

Permohonan BKM : Bantuan Tambahan BKM RM500 Kepada Mereka Yang Layak.

 

Kerajaan telah mengumumkan pemberian terbaru berkenaan Bantuan Keluarga  Malaysia (BKM) bagi Fasa 1 yang tergolong dari kategori Isi rumah, Warga emas/ tiada pasangan dan bujang berdasarkan beberapa kelayakan.

 

Sehubungan itu, kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan telah memberikan sumbangan tersebut pada tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada bulan Mac. Pembayaran telah dibayar melalui kredit ke Bank pemohon yang sudah membuat permohonan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada 1 hingga 31 Januari 2022. Pelancaran BKM telah memanfaatkan sekitar 9.6 Juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

 

Bantuan ini telah menolong serba sebanyak mereka yang dari golongan berkeluarga, warga emas dan bujang. Namun begitu, bantuan BKM mempunyai satu lagi bantuan tambahan berjumlah RM500 bagi memastikan kelansungan hidup kepada beberapa golongan.

 

BANTUAN TAMBAHAN BKM BERJUMLAH RM500

Pasca pemberian bantuan BKM baru-baru ini, terdapat bantuan tambahan khas BKM kepada mereka yang layak. Bantuan itu dikenali bantuan tambahan atas jumlah RM500 kepada mereka yang sebelum ini lulus menerima bantuan BKM sebelum ini. Bantuan sebanyak RM500 itu adalah sebagai bantuan untuk mencukupkan bantuan BKM yang sebelum ini dianggap tidak cukup kepada mereka yang menerima BKM.

 

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Menerima Bantuan Tambahan BKM?

Syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia adalah bergantung pada bancian rakyat Malaysia sebelum ini. Menurut data dari rakyat Malaysia , Kerajaan Malaysia telah menyusun masyarakat Malaysia mengikut kategori yang diaturkan. Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tambahan BKM:

 

·        Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.

·        Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas.

 

Berapakah Kadar Jumlah Bantuan Yang Diberikan?

Jumlah bantuan BKM bagi Fasa 1 setakat ini maksimum adalah:

·        RM2,000

 

Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:

·        RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat

·        RM300 kepada penerima isi rumah bestatus warga emas

 

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:

·        RM2,500

 

Berkenaan  Bantuan Tambahan BKM, Kelayakan asas untuk isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan mempunyai 3 orang anak adalah sebanyak RM2,000.

 

Oleh itu, jika anda merupakan ibu tunggal, secara automatik anda layak dapat kadar tambahan sebanyak RM500 menjadikan bantuan BKM anda sebanyak RM2,500.

 

Bilakah Tarikh Pembayaran BKM?

 

Pembayaran BKM akan bermula pada 28 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.

 

Sebarang persoalan anda boleh layari laman web rasmi BKM. Layari Laman Web BKM di:

 

Laman Web Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

 

Sekiranya terdapat persoalan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh menghubungi dan merujuk di talian dibawah:

 

·        Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747

·        Hotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566

·        E-Mel : bkm@treasury.gov.my

·        Alamat

Sekretariat BKM,

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia

(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

 

” Yang Kurang Dibantu, Yang Cukup mem

Permohonan BKM : Bantuan Tambahan BKM RM500 Kepada Mereka Yang Layak.

Kerajaan Malaysia telah tekad dan sentiasa untuk membantu mereka yang dari golongan berpendapatan rendah dan yang memerlukan sokongan hidup. Oleh itu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi. Bantuan Tambahan BKM ini juga telah membuktikan adanya dan fahamnya kerajaan terhadap sesetengah golongan yang memerlukan bantuan yang lebih kerana mempunyai tanggungan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button