PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Caruman Bagi Suri Rumah & Individu Yang Bekerja Sendiri ~ i-Saraan KWSP

 

Tahukah anda, dibawah i-Saraan KWSP terdapat satu insentif yang baik untuk simpanan masa depan anda terutamanya bagi mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap. Ia merupakan insentif jaminan persaraan dengan caruman sukarela.

 

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

 

Baca juga:

Rayuan BPR kini Boleh Disemak~ Bantuan RM100 – RM400

Bantuan RM200 Sebulan Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Layak

Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Insentif Persaraan (i-Saraan)

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% [jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun (berkuatkuasa 1 Januari 2018)] ke atas caruman anda.

*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.

*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.

 

Faedah

  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran.
  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP).

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja).
  • Merupakan Ahli KWSP.
  • Telah membuat pilihan i-Saraan [Menghantar borang KWSP16G(M)].

 

Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

 

Had Bayaran

  • Minimum – Tiada had
  • Maksimum – Tiada had
    RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk membuat permohonan, anda boleh menghantar dokumen serta borang yang dinyatakan dibawah ke mana-mana kaunter KWSP berhampiran.

  1. My kad 
  2. Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  3. Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  4. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button