PERMOHONAN RAKYAT

(Permohonan Dibuka) Gaji RM1,000 & Tidak Mempunyai Slip Gaji Boleh Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) – Mohon Sekarang !

 

Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

 

Pekerja yang bergaji RM1,000 dan tidak mempunyai slip gaji boleh memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

 

Apakah Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?

 

Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) ialah satu skim perumahan terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tidak tetap. Skim ini juga merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

 

Syarat Kelayakan Permohonan SJKP

 

Anda boleh rujuk kelayakan permohonan SJKP seperti dibawah :

 

● Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

● Berpendapat tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.

● Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.

● Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.

● Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.

● Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.

● Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.

● Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

 

Senarai Institusi Kewangan

 

Berikut adalah senarai institusi kewangan yang terlibat dengan SJKP ialah :

 

1.      Affin Bank, Affin Islamic

2.      Maybank, Maybank Islamic

3.      Alliance Bank, Alliance Islamic Bank

4.      Bank Muamalat

5.      Bank Rakyat

6.      Agro Bank

7.      AmBank Group, AmIslamic Bank

8.      Bank Islam BSN

9.      Hong Leong Bank

10.   Hong Leong Islamic Bank

 

Proses Permohonan

 

Anda juga perlu mengetahui proses-proses permohonan SJKP ini seperti :

1.      Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.

2.      Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.

3.      Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli,

4.      Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

5.      Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

 

Maklumat & Pertanyaan

 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), anda boleh hubungi mereja di saluran berikut :

● Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,

15 Lorong Dungun, Bukit Damansara,

50490 Kuala Lumpur

● Telefon : 03-2096 5000

● Faks : 03-2096 5090

● Emel : enquiry@sjkp.com.my

Info Selanjutnya KLIK SINI 

Proses Permohonan yang dilakukan KLIK SINI 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button