PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Latihan Kemahiran & Elaun RM1000 Sebulan – IPC MARii

 

Permohonan bagi Program IPC MARii telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

Apa Itu Program Industry-Led Professional Certificate (IPC)

IPC adalah salah satu program pembangunan model insan Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii) yang dirangka bersama pihak industri. IPC menghasilkan pengendali dan juruteknik yang mahir melalui modul khusus dan latihan di tempat kerja.

Program IPC memenuhi keperluan industri bagi tenaga mahir dalam sektor pembuatan dan lepas jualan yang makin mencabar dan kian berubah dengan teknologi.

Program ini memberi tumpuan kepada latihan tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran.

Dalam tempoh enam bulan program IPC, pelatih didedahkan kepada pengetahuan am industri, kemahiran dan budaya kerja industri. Graduan IPC akan dijaminkan pekerjaan sama ada dalam kilang pengeluaran dan sebagainya.

 


Kelebihan Program

  • Peluang Pekerjaan Tetap
  • Latihan Diberikan
  • Tiada Yuran
  • Elaun RM200 (Bulan Pertama), RM 1000 (Bulan seterusnya)
  • Penginapan Makan & Minum disediakan
  • Perlindungan Insurans Semasa Latihan
  • Pekerjaan dijamin selepas tamat program
  • Sijil IPC diiktirafkan oleh kerajaan & industri

 

Struktur Program Industry-Led Professional Certificate (IPC)

 

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Lelaki & Perempuan
  • Berumur 18 – 30 Tahun
  • Memiliki sijil Berhenti Sekolah /  SPM / SKM / Diploma dan institusi latihan tempatan atau setaraf
  • Calon mempunyai sijil UPSR / PMR / PT3 akan dipertimbangkan

  

Cara Membuat Permohonan

 

Anda boleh membuat permohonan di laman rasmi Mariikerja: PERMOHONAN

 

Sila kongsikan dan sebarkan maklumat ini agar lebih ramai yang tahu dan dan tidak terlepas permohonan ini terutamanya kepada mereka yang berminat dan ini membina kerjaya dalam program ini.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

Sumber: mariikerja

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button