KERAJAANPERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Matrikulasi KPM 2022-2023 Online

 

Buat pelajar lepasan SPM/ Setaraf, menyambung pengajian ke matrikulasi merupakan antara pilihan yang dapat dibuat sebagai platform untuk menuju ke arah pusat pengajian tinggi. Panduan buat mereka yang berminat. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan Permohonan Matrikulasi KPM 2022-2023 secara online (atas talian).

 

Buat pengetahuan semua, permohonan kemasukan sesi 2022-2023 akan dibuka pada 15 Mac 2022. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian atau online melalui Portal Matrikulasi KPM sehingga 15 April 2022.

 

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2022-2023 Secara Online

 

Berikut merupakan cara-cara memohon Program Matrikulasi KPM sesi pengambilan 2022-2023 Online untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan:

 

·        Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi Matrikulasi KPM bermula dari 15 Mac 2022 sehingga 15 April 2022

·        Berikut merupakan pautan-pautan penting sebagai rujukan buat para pemohon ketika melakukan Permohonan

 

Program yang ditawarkan di Kolej Matrikulasi KPM adalah seperti berikut :-

 

·        PST – Program Matrikulasi Satu Tahun (2 semester)

·        PDT – Program Matrikulasi Dua Tahun (4 semester)

 

Pautan Penting Borang

 

·        Aplikasi Permohonan online : https://matrikulasi.moe.gov.my/

·        Panduan Mengisi Borang Permohonan : Panduan Mengisi Borang

 

Cara Membuat Permohonan Matrikulasi Secara Online

 

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan Program Matrikulasi KPM 2021 Online. Maklumat bagi tahun 2022 akan dikemaskini :

 

Syarat Kelayakan Am

 

1.      UMUR : Tidak lebih daripada 20 tahun ketika memohon

2.      WARGANEGARA : Malaysia

3.      SPM : Calon TAHUN SEMASA

 

Prosedur Permohonan

 

1.      Permohonan adalah percuma dan tidak perlu membeli nombor pin.

2.      Permohonan boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 15 Mac 2022

3.      Baca dan fahami panduan permohonan yang terdapat dalam laman web tersebut

4.      Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran. Tarikh tutup permohonan ialah pada bulan 15 April 2022

 

Maklumat Lanjut

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi :-

 

·        email kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi  03-8884 4083/4035

·        Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my

·        Soalan Lazim Permohonan Matrikulasi Sesi 2022/2023

 

Selamat membuat Permohonan secara Online dan semoga anda berjaya.

Sumber: infoupu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button