PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Online Rumah PPRT Tahun 2022 ~ Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Tahukah anda? Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan. 

 

Pengenalan PPRT

 

Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

 

Bantuan PPRT

 

Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:

 

–             Orang Kelaina Upaya – OKU

–             Mangsa bencana alam yang berskala kecil

–             Warga Emas

–             Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai

–             Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

 

Jenis Kategori Rumah PPRT

 

Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :

 

1) Baik Pulih

 

a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting

 

–             Penambahbaikan

–             Penyelenggaraan

–             Requisition

 

b) Syarat program bantuan baik pulih rumah

 

Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.

 

Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.

 

2) Bina Baru

 

Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.

 

Panduan Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 -Secara Online

 

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :

 

–             Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI

–             Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama

–             Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan

–             Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :

 

–             Khas : 03 8000 8000

–             E-mel : info@ruralink.gov.my

Sumber: portalmalaysia.com

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button