PERMOHONAN RAKYAT

PERMOHONAN PENGAGIHAN BANTUAN B40 YANG TERJEJAS

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 kerana kes positif Covid-19 semakin meningkat di Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional yang diagihkan kepada semua Rakyat Malaysia yang terkesan dengan Wabak Covid-19.
Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch telah membuat satu program iaitu Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai peruntukan untuk membeli makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Kepada Rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung yang memerlukan Bantuan dari Malakat Mall, harusalah membuat permohonan terlebih dahulu untuk menerima bantuan tersebut.
kerjayasemasa.com akan memberikan maklumat berkenann cara untuk membuat permohon Bantuan Bekalan Makanan sebagai rujukan anda.

PENGAGIHAN BANTUAN B40 YANG TERJEJAS
Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Jika ANDA memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.
Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.
Sehubungan itu, kami akan menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.
Kami juga akan memberi Nasi Bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung.
Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.

SYARAT-SYARAT PEMOHON
PENDAPATAN ISI RUMAH
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi

TANGGUNGAN ISI RUMAH
  • Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi

PEKERJA YANG BERCUTI TANPA GAJI
  • Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19

HILANG PUNCA PENDAPATAN KELUARGA
  • Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan

PENIAGA PASAR MALAM
  • Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan

IBU TUNGGAL
  • Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.
PERMOHONAN




Jika ingin memohon bantuan makanan yang akan diagikan, klik pautan berwarna biru yang terletak dibawah.



PENGANJUR BANTUAN PEMBERIAN MAKANAN

  1. Projek ini telah dianjurkan oleh syarikat Bumiputera di Malaysia
  2. Malakat Mall telah diuruskan oleh Usahawan Muslim 100%
  3. Pengasas Brainy Bunch iaitu Coach MOHD FADZIL HASHIM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button