SWASTA

PERMOHONAN PENGAMBILAN DI BUKA – FOOD PANDA & GRAB FOOD

Buat masa sekarang, Perkhidmatan seperti Grab Food dan Food Panda sangat diperlukan. Oleh itu, anda boleh membuat tempahan melalui apps Grab Food dan Food Panda dengan hanya memilih restoran serta hidangan yang diinginkan. Penghantaran akan dibuat oleh penghantar makanan Grab Food dan Food Panda. Kemudahan ini sangat menyenangkan ramai orang terutamanya bagi mereka yang terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk menyediakan hidangan.
Kewujudan Grab Food ini telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada para penganggur terutamanya di kalangan anak muda. Tugas seorang penghantar makanan Grab Food adalah sangat mudah dan tidak memerlukan keringat yang begitu membebankan.

Bagi anda yang sedang bekerja sepenuh masa dan ingin menambah pendapatan, anda juga boleh bersama – sama menyertai kumpulan Grab Food dan Food Panda dengan bekerja secara separuh masa bergantung kepada kesesuaian masa. Namun, bagi yang masih tiada pekerjaan, boleh juga melakukan pekerjaan ini secara sepenuh masa. Pelbagai insentif boleh anda perolehi sebaik sahaja menyertai rangkaian penghantaran makanan Grab Food dan Food Panda.
SYARAT-SYARAT MENJADI GRAB FOOD & FOOD PANDA

  1. Mestilah memiliki telefon pintar dengan OS iOS atau Android serta mempunyai pelan data
  2. Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Merupakan warganegara Malaysia
  4. Mempunyai motosikal sendiri serta lesen memandu yang sah. Sekiranya bukan pemilik motosikal, pastikan covernote merupakan cover All Rider
  5. Sekiranya anda pernah membuat GrabCar, pastikan anda menggunakan emel serta nombor telefon yang berbeza
  6. Cukai jalan motosikal mestilah masih sah

KEISTIMEWAAN MENJADI RAKAN PENGHANTAR GRAB FOOD & FOOD PANDA
  1. Sebagai seorang rakan penghantar makanan, anda boleh menambah pendapatan bagi setiap penghantaran yang sempurna dilaksanakan
  2. Anda boleh menentukan jumlah jam bekerja untuk sehari. Malah, anda juga boleh bekerja selama sejam sehari sahaja dan semuanya bergantung kepada kemampuan anda
  3. Mendapat bayaran setiap hari dan bonus harian juga turut disediakan
CARA PERMOHONAN MENJADI AHLI

Klik Pautan warna biru untuk membuat permohonan


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button