BERITA

Permohonan Pengecualian Cukai Jalan Di Sabah diteliti

 

Sandakan: Kementerian Pengangkutan akan meneliti permohonan pengguna kenderaan persendirian di Sabah yang mahukan pengecualian bayaran cukai jalan.

 

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya memahami hasrat pengguna jalan raya di Sabah.

 

Menurutnya, buat masa ini, beliau tidak mahu menjanjikan apa-apa, tetapi akan membawa isu itu ke kementerian serta pihak berkaitan.

 

“Saya akan bincang dengan pihak kementerian dan melihat implikasinya. Saya akan bincang dengan kerajaan negeri, Menteri Kerja Raya Sabah dan lihat macam mana kita nak buat.

 

“Kena lihat secara menyeluruh dan saya faham apa permintaan itu.

 

“Saya tidak akan berjanji bulan dan bintang, ini tertakluk kepada kemampuan kewangan negara,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan di Sandakan, hari ini.

 

Sebelum ini, media melaporkan pengguna jalan raya di Sabah mahukan pengecualian cukai jalan susulan keadaan jalan raya di negeri itu yang agak daif.

 

Pengguna memohon agar pengecualian diberikan sementara menunggu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo siap.

 

Sumber: hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button