PERMOHONAN RAKYAT

PERMOHONAN PERUMAHAN PPR ONLINE PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT – PPR DISEWA/DIMILIKI/MYHOME

Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).  Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.  PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa.


SYARAT DAN KELAYAKAN 
SKIM PPR DISEWA
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

SKIM PPR DIMILIKI
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

PEMOHON SKIM MYHOME
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  4. Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

CARA UNTUK PERMOHONAN

DAFTAR AKAUN PEMOHON
  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2. https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti namano kad pengenalan, dan Alamat e-mail.


PERGI KE EMAIL UNTUK PENGESAHAN
  1. Pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan password yang diisi harus diingat.


SILA PILIH SKIM
  1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim yang di inginkan”.
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.




DOKUMEN SOKONGAN
  1. Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

PENGESAHAN
  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar. 
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.


SELESAI UNTUK PERMOHONAN

Related Articles

48 Comments

  1. Boleh kah rakyat seperti kami ini layak untuk memohon kerana kami tidak mempunyai kerja dan hanya bergantung dari bantuan baitulmal dan kebajikan?

  2. Sy nak memohon rumah ppr 4rang anak kawasan kl sy tak mampu nak beli.sampai punya anak4 cumah sewa.sy harap tua puan ade timbang rasa kepada sy yang miskin ini.dari dulu nak mohon tapi sy takut tak dapat karna sy orang miskin tak mampu buat ape ape terima kasi

  3. saya bujang…ingin nak sewa rumah ppr area desa petaling K.L,sbb saya kerja sendiri…gaji tak tentu…lbh krg 1500.lagipun saya sdh blacklist…nak sewa tak blh…sbb bujang…nak beli…tak blh…sbb blacklist dan slip gaji tak ada.kalau nak beli…tapi atas nama kakak blh…tapi umur kakak sdh 60 lbh…tak kerja tak ada slip gaji…tapi EPF ada sikitlo…blh mohon?

  4. Salam..nk tny sy baru nk apply tp xdpt sbb no ic sy sdh didaftarkan..sy xtahu sape yg daftar atas no ic sy..sdgkn sy xpnh daftar..blh pihak en/puan tolong check x?

  5. Saya anak kedah tapi menetap di selangorikut suami,blh tak saya mohon ppr kat kedah,kami blum memiliki rumah walaupun suami dah umur pencen.kami tak mampu nak beli kat selangor.saya nak rumah teres bukan pangsa.atas faktor umur dan kesihatan

  6. boleh saya tahu memohon dengan pejabat mana ni? sebab saya pergi tanya dipejabat s.u.k dia tak tahu perumahan yg ni. bujang boleh memohom tak yg dimiliki? tolong jawab please.

  7. Assalamualaikum. Sye dari mula berkawin kemudian sye memohon rumah PPR di Kota damansara sampai lah dah ada anak 2 orang ni masih tak dapat2 lagi bukan sekali dua kali sye hantar borang ke pejabat urusan di PPR Kota damansara dah berpuluh kali sampai naik turun SUK untuk minta cop dari pihak atasan tapi hasil nya sama jugak tidak ada panggilan dari mana2 pihak pun.

  8. Saya dah isi permohonan rumah PPR diderah Johor baharu dari thn2015
    Hingga skg x pernah dipanggil atau dapat surat menyurat
    Skg ni menumpang di rumah anak
    KLU ia orang x suka saya kena keluar rumah dan menumpang pada anak yg lain
    Bergitu lah kehidupan saya
    Skg ni saya dan anak perempuan saya kena keluar dari rumah bekas suami ia
    Sewa diluar terlalu mahal
    Anak saya ibu tunggal saya balu
    Mana saya nak duduk di harap dapat
    Lah saya seunit rumah ppr dari kerajaan negeri Johor

  9. Saya Dah permohonan rumah ppr Kuala Lumpur Lembah pantai tahun 2012 sampai sekarang tak dapat apa2 pun Lagi nak tunggu berapa Lama saya Ada 4 orang anak
    surat kelulukan sahaja dapat saya.kita pun tumpang duduk dekat ibu bapa saya.

  10. Kad pengenalan saya beralamat di Kedah,iaitu alamat rumah orangtua saya tetapi saya menetap dan bekerja di Kuala Lumpur,apakah saya layak memohon utk rumah di Kuala Lumpur.
    Harap dapat penjelasan dari pihak tuan.
    Terimaksih.

  11. mcm mana ye saya menetap dan bekerja di kuala lumpur ingin memohon sewa ppr kuala lumpur.yg ada sekarang ni hanya ada di sabah.mohon pencerahan.

  12. Sy nk jugok rumoh sdiri…di terengganu…dulu pernah di pgil untuk temuduga…last² snyat mcm tu je…mtk rayuan dgn YB pn sme jgok..smpailah rumah tu dh penuh skarg..466 di kemasek…

  13. Untuk permohonan myhome kalau suami dah meninggal dunia Dan si isteri Ada anak seorang Dan emak boleh apply ke. Si isteri Dan si suami memang Tak Ada rumah sebelum ini.

  14. Saya sudah buat permohonan pada tahun 2020 tapi belum ada keputusan sehingga kini,lihat projek belum siap lagi sepatutnya siap APRIL 2021.Ppr wilayah persekutuan Labuan. Tidak pasti berapa lama lagi kita kena tunggu ada yang smpai 5 tahun lamanya huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button