PERMOHONAN RAKYAT

PERMOHONAN PERUMAHAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DISEWA/DIMILIKI

 

Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus menyediakan perumahan yang selasa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah. Sejumlah 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan berikut:

  1. 500 juta ringgit untuk membina sehingga 14 ribu unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR)
  2. 315 juta ringgit untuk pembinaan 3000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB
  3. 125 juta ringgit bagi penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah san serdahana rendah serta bantuan membaik pulih rumah using dan yang mengalami kerosokan akibat bencana alam
  4. 310 juta ringgit untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.

 

Tahukah anda? Kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan, anda mampu memiliki rumah dibawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR). Menarik kan?

 

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.

 

APAKAH CIRI-CIRI PPR?

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:

  1. Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
  2. Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
  3. Keluasan – Tidak kurang 700 kps
  4. Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

 

APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON?

 

SKIM PPR DISEWA :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 

SKIM PPR DIMILIKI :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 


BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON PPR?

 

 

 

 

 

 

DAFTAR AKAUN PEMOHON

  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2. SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN RUMAH NEGARA.
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.



 

MENGGUNAKAN EMAIL UNTUK MELAKUKAN PENGESAHAN

  1. Pastikan e-mail yang anda didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

CONTOH

Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan, pastikan anda ingat kata laluan anda

 

 

 

 

 

 

PILIH SKIM PERUMAHAN YANG ANDA MAHU

  1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim yang di inginkan”.
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

CONTOH

 

 

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

 

CONTOH

 

 

PENGESAHAN

  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.

 

Semoga info ini bermanfaat kepada Warga yang berminat dengan Skim Perumah Rakyat ini. Sila share maklumat ini ke rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button