PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Program PerantiSiswa Fasa 2 Dibuka Bermula 1 Ogos

Permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2 dibuka bermula 1 Ogos, bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tinggi tidak lama lagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata melalui permohonan yang akan dibuka selama 60 hari itu, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan๐Ÿ‘‡https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

“Bagi fasa kedua, mereka yang datang daripada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan, layak untuk membuat permohonan secara atas talian.

Inisiatif Kerajaan ini adalah bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.

Tempoh Permohonan Fasa 2 Perantisiswa

Permohonan PerantiSiswa fasa kedua boleh dibuat secara online mulai 1 Ogos 2022 pautan

https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Permohonan dibuka selama 60 hari iaitu sehingga 30 September 2022.

Apa itu PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Inisiatif ini diteruskan untuk fasa 2 yang dibuka selama 60 hari bermula 1 Ogos 2022.

 

Berita Baik! PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.

 

ยท       Spesifikasi Tablet Yang Dibekalkan

ยท       Skrin 10.1โ€ Paparan FHD, 1280ร—800.

ยท       Android OS 10 dan ke atas.

ยท       4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia).

ยท       Minimum RAM 4GB.

ยท       Minimum storan 64GB.

ยท       Slot SD Micro sehingga 256GB.

ยท       Kamera hadapan minimum 2MP.

ยท       Kamera belakang minimum 5MP.

ยท       Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset.

ยท       Bluetooth 4.1 dan ke atas.

ยท       WiFi 2.4GHz & 5Ghz.

ยท       Bateri minimum 4500 mAh.

ยท       Pengecas USB disertakan.

ยท       Papan kekunci bluetooth disertakan.

ยท       Pen stylus disertakan.

 

Syarat Kelayakan Pakej PerantiSiswa


Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

 

Mahasiswa yang belajar di peringkat pengajian berikut:

 

ยท       Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)

ยท       Politeknik

ยท       Kolej Komuniti

ยท       Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

 

Cara Permohonan


Permohonan berkenaan hanya menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) iaitu:

 

ยท        https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button