PERMOHONAN RAKYAT

PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT DISEWA / DIMILIKI MENGIKUT NEGERI

 

 

Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).  Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.  PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).

 

 

 

CIRI-CIRI PPR

  1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
  2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
  3. Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
  4. Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air; dan

Kemudahan Asas:

  1. Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
  2. Surau/Ruang Solat, 
  3. Gerai Makan/Ruang Niaga
  4. Tadika
  5. Kemudahan OKU
  6. Taman Permainan/Kawasan Lapang
  7. Rumah Sampah

 

 

PROJEK PPR (DISEWA)

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

 

PROJEK PPR (DIMILIKI)

Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

 

CARA MEMOHON RUMAH PPR

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di PAUTAN BIRU:

 

 

 

 

PERLIS INDERA KAYANGAN

KEDAH DARUL AMAN

PULAU PINANG

PERAK DARUL RIDZUAN

SELANGOR DARUL EHSAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MELAKA

JOHOR DARUL TAKZIM

TERENGGANU DARUL IMAN

KELANTAN DARUL NAIM

PAHANG DARUL MAKMUR

KUALA LUMPUR

SABAH

SARAWAK

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 

Nota: Prosedur permohonan, syarat kemasukan dan kaedah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing.

 

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan

Aras 33, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya, MALAYSIA

(Bahagian Pengurusan Perumahan)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button