PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan Rumah Serendah RM124 Sebulan ~ Rumah IKRAM KPKT

 

Untuk makluman, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu bentuk inisiatif program iaitu dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang bertujuan untuk membantu mereka yang tidak mempunyai tempat kediaman atau tempat berteduh akibat Pandemik Covid-19 untuk mendapatkan tempat tinggal.

 

Bagi mereka yang terkesan akibat pandemic Covid-19 disebabkan oleh kehilangan pendapatan / kurang pendapatan serta kehilangan pekerjaan yang menyebabkan mereka terpaksa keluar dari rumah sewa akibat tidak mampu membayar sewa rumah, anda boleh cuba untuk memohon Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang disediakan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini.

 

Baca juga:

SenaraiBantuan Kerajaan Bulan September 2021

BantuanRM500 Sebulan Untuk Warga Emas

BantuanRM300 Bermula September 2021

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

CIRI-CIRI RUMAH PPR

1) Bagi rumah yang terletak di Kawasan bandar besar, jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga ke 18 tingkat.

2) Rumah yang terletak di Kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres.

3) Keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.

4) Struktur binaan rumah adalah terdiri daripada:

  • Tiga (3) bilik tidur
  • Satu (1) ruang tamu
  • Satu (1) ruang dapur
  • Dua (2) bilik air

5) Kemudahan asas termasuklah:

  • Dewan komuniti/ruang orang ramai
  • Surau/ruang solat
  • Gerai makan/ruang niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman permainan/Kawasan lapang
  • Rumah Sampah

6) Kadar sewaan minimum adalah RM124 Sebulan

 

SENARAI PPR YANG TERLIBAT

Terdapat sebanyak 1,000 unit yang ditawarkan melalui inisiatif ini. Berikut adalah senarai rumah PPR yang boleh didapati di bawah Rumah IKRAM KPKT ini:

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2 Johor

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH IKRAM KPKT

  • Pemohon serta pasangan mestilah warganegara Malaysia
  • Permohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemohon adalah mereka yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah / seumpamanya
  • Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM3,000 sebulan

 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk membuat permohonan Rumah IKRAM KPKT, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi TEDUH di pautan berikut:

https://teduh.kpkt.gov.my/

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang persoalan atau kemusykilan mengenai projek perumahan di bawah TEDUH ini, anda boleh terus hubungi pihak TEDUH di laman web rasmi TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/contact

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button