PERMOHONAN RAKYAT

Permohonan & Semakan Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2022

 

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2022 telah meluluskan pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT RISDA 2022) sebanyak RM600 seorang.

 

Jumlah Bantuan

 

Jumlah bayaran adalah sebanyak RM600 setiap seorang.

 

Syarat Kelayakan

 

SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA

 

·        Warganegara Malaysia

·        Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA

·        Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar

·        Pemilik tanah yang sah

·        Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

 

SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

 

·        Warganegara Malaysia

·        Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA

·        Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar

·        Pengesahan pemilik tanah yang sah

·        Seorang penerima sahaja untuk 1 lot

·        Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

 

Cara Permohonan

 

Pengusaha kebun yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian, KLIK DSISINI https://pekebunkecilmakmur.com.my/

 

Tempoh Rayuan

 

Bagi permohonan yang ditolak, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 16 September 2022 sehingga 31 Oktober 2022.

 

Kemaskini Maklumat

 

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan.

 

Semakan Kelulusan

 

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

 

Kaedah Pembayaran

 

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button